Meneladani AL AMIN

5 03 2008
leadershipdna.gif

Assalamualaikum wa rahmatullah, Peace be upon you.

Al Amin secara bahasa bererti yang setia, jujur dan terpercaya dipercayai. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat ini ketika menerima jawatan akan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Sifat seperti ini selalunya muncul pada individu yang percaya dengan yakin bahawa tugas dan jawatan yang disandang adalah sebagai amanah dari Allah. Dia meyakini amanah itu akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan kelak di akhirat.

Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah Muhammad Sallallahualaihi wa sallam berkata:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.

Baca baki entri ini »





Pilihanraya, Rakyat Hakim!

14 02 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen semalam 13 Februari 2008 bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Serentak dengan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri kecuali Sarawak dibubarkan. Oleh itu mulai hari ini sehingga Pilihanraya nanti, tiada Parlimen, ahli Parlimen, Kabinet dan kepimpinan kecuali “caretaker” (penjaga) negara yang sementara iaitu Kabinet lalu.

Hari ini Rakyat yang berkuasa menentu pimpinan baru. Rakyat Malaysia adalah Hakim, Barisan Nasional adalah Peguambela, Barisan Alternatif adalah Peguamcara dan yang tertuduh adalah Perlaksanaan Syariat Allah kearah Kesejahteraan Rakyat Dalam Malaysia dan Peranan Malaysia Menyebar Dakwah Islam ke Rantau Luar Malaysia.

Sehingga ke hari Pilihanraya nanti, mulai hari ini negara Malaysia adalah satu sidang Mahkamah yang besar! Semua yang hadir di sidang, perhatian mereka tertumpu kepada hakim dan keputusannya!

Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya hatinya berdosa. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah: ayat 283).

Kepada Allah swt kita berdoa semoga Dia menjadikan Malaysia

Negara yang baik dan Tuhannya Maha Pengampun – Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

(Saba: ayat 15)

dan rakyat Malaysia seperti dalam firmanNya,

Dan orang-orang yang diteguhkan Allah dimuka bumi (dengan pemerintahan, kelayakan, kemampuan dsb), mereka mendirikan solat, membayar zakat, menyeru kepada makruf, mencegah munkar, dan untuk Allah kesudahan tiap sesuatu (syariat, undang-undang, kehakiman, pendidikan dsb).

(Al Hajj: ayat 41).





Garis Panduan Kawal Program Berorientasi SMS Patut Diperketat

14 11 2007


Bismillahir Rahmanir Raheem

Oleh Ibnu Sultan

(Asal di akhbar)

ISU yang sudah lama diperkatakan, tetapi belum ada satu penegasan daripada kerajaan mahupun pihak bertanggungjawab ialah berkaitan pembaziran wang melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk rancangan berbentuk realiti televisyen dan pertandingan atau kuiz menggunakan SMS yang tidak jelas peraturannya.

Dapat diperhatikan sikap ‘murah hati’ rakyat negara ini sanggup berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar SMS terutama membabitkan rancangan televisyen berbentuk hiburan yang mana ia trend yang amat membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Baca baki entri ini »