Meneladani AL AMIN

5 03 2008
leadershipdna.gif

Assalamualaikum wa rahmatullah, Peace be upon you.

Al Amin secara bahasa bererti yang setia, jujur dan terpercaya dipercayai. Seorang pemimpin yang mempunyai sifat ini ketika menerima jawatan akan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Sifat seperti ini selalunya muncul pada individu yang percaya dengan yakin bahawa tugas dan jawatan yang disandang adalah sebagai amanah dari Allah. Dia meyakini amanah itu akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan kelak di akhirat.

Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah Muhammad Sallallahualaihi wa sallam berkata:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.

Tinggal cuma, ada manusia tidak tahu dia sebenarnya adalah pemimpin yang mampu membuat keputusan dan perubahan. Ya, hakikatnya semua manusia adalah pemimpin, paling tidak memimpin dirinya sendiri kepada menjaga kestabilan badannya. Penjagaan dan kesihatan badan juga akan ditanyakan Allah kelak. Ya, sehingga perihal itu.

Kita tentu mengetahui kisah khalifah Umar Al Khattab. Dia adalah salah seorang khalifah yang sangat tegas dan terkenal dengan kejujuran dan kehebatannya dalam memimpin. Kehidupannya sangat sederhana. Seorang utusan raja dari Parsi pernah langsung tidak mengenalinya. Ketika itu dia mendapati Umar sedang istirehat di bawah sebatang pokok beralaskan daun pelepah kurma tanpa seorang pengawal pun. Tidak terlihat pada dirinya kemewahan, apatah lagi kebesaran seorang raja dan pemimpin dunia, meskipun Umar layak.

leadership1.jpg

Tidak jauh beza dengan cucunya, Umar bin Abdul Aziz, khalifah yang memerintah pada era Umawiyyah yang juga terkenal sangat jujur. Dia sangat takut menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadinya. Dia rela berbincang dengan puteranya dalam keadaan gelap-gelita daripada menggunakan lampu dan minyak milik kerajaan, iaitu harta rakyat pimpinannya. Bukan takut apa? Takut salah guna harta milik rakyat yang diamanahkan. Dia percaya dan yakin hidupnya, amalannya akan dihisab dan dipersoal tuhan, iaitu Allah, Raja segala raja.

Begitu sekali cara seorang yang Al Amin (jujur dan terpercaya) dalam menjalankan tugas. Dia melihat jawatan merupakan amanah yang penuh dengan peluang. Bukan peluang untuk mengumpulkan harta dan memperkaya diri. Bahkan, peluang untuk mempermudah terlaksananya tugas utama sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi. Ya, mempermudah kerja sebagai hamba Allah. Mudah dengan sebab melalui jawatannya, dia tebarkan nilai-nilai keadilan di tengah-tengah masyarakat.

Pemimpin seperti ini akan menjadi teladan dan selalu dicintai rakyatnya. Masyarakat akan berasa tenang di bawah kepimpinannya. Di akhirat kelak akan mendapat pula anugerah khas dari Raja segala raja, Allah Subhanahu wa Taala. Dalam hadis disebutkan:

Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan di sisi Allah di saat tidak ada naungan kecuali naungan dari Allah, salah satu di antaranya adalah pemimpin yang adil. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lawan Al Amin adalah Khianat. Cara pemimpin yang khianat penuh dengan kecurangan dan serupa pengecut, tidak amanah serta jauh dari nilai keadilan, tiada peduli akan kesusahan rakyat pimpinannya.

Di akhirat nanti mereka akan menuai sengsara. Rasulullah berpesan:

Tidaklah seorang diamanahkan suatu kaum, kemudian ia meninggal dalam keadaan curang terhadap rakyatnya maka diharamkan baginya syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wallahulam.

Sudahkah kita memiliki sikap Al Amin hingga menjadi sifat kita? Al Amin kah kita dalam kerja kita!?

Baca juga:

  • Berhati-hati Memilih Pemimpin – Penjelasan lanjut tentang ciri-ciri pemimpin menurut ayat Al Quran dari segi Solat, Zakat dan Amar Makruf Nahi Munkar.

Tindakan

Information

One response

12 03 2008
amern_sultan

salam…

berat bebanannya…
Insha-Allah mendamba diri mencari yang seindah erti nama yang diilhamkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: