Tafsir Surah Al ‘Asr (Demi Masa) – 103

21 02 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-’asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Baca baki entri ini »

Advertisements




Tafsir Surah Al Lahab (Gejolak Api) – 111

19 02 2008

al-masad.jpg

diolah dari Tafsir Ibn kathir

Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.

Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,

Wahai kamu semua, mari ke mari!

Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata

Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?

Baca baki entri ini »