Salam Perjuangan Kejayaan

18 04 2008

Bismillahir Rahmanir Raheem

Assalamu’alaikum wa rahmatullah 🙂

Pada minggu ini, kehangatan beramal sangat menguja setiap dari kita yang bersungguh dalam menyampaikan kebaikan.

Ada yang akan sibuk bersedia untuk peperiksaan terakhir pembelajaran dan pengajian.

Ada yang bertungkus lumus menyiapkan laporan terakhir dan membetulkan catatan draf sebelum disemak penilai projek atau projek sarjana muda (PSM).

Ada pula rakan-rakan yang bersiap untuk menjayakan program tarbiyyah dengan mengikuti program negeri lain sebagai pemerhati agar berlaku pemindahan teknologi atau idea. Di samping sibuk dengan persiapan akhir program asuhan kanak-kanak di Melaka 24 April ini. Dan setiap minggu, berturut-turut program motivasi dan kenali diri bersama adik-adik pelajar sekolah menengah kerap kali mengundang kesabaran dan komitmen yang terlibat.

Semoga segala usaha yang dikerah mendapat kejayaan di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

Salam Kejayaan dari JK Media & Dakwah KARISMA Melaka kepada semua aktivis mahasiswa yang sedang menempuh tempoh peperiksaan dan juga aktivis dakwah di Melaka yang setia bersama membimbing dan menggembleng fikiran dan tenaga tak jemu-jemu bersemangat.

Semogalah Allah membantu dan mengurniakan yang muluk-muluk bagi mereka ini yang banyak mengorbankan hari Sabtu dan Ahad mereka untuk ummah. Tidur malam mereka dikurangkan untuk membantu insan lain sambil mengambil iktibar dari peristiwa sekeliling mereka.

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.





Bicara Perwira

5 01 2008

Assalamualaikum wa rahmatullah -)

Berikut adalah petikan kata-kata pejuang Palestin:

Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin
Kata-katanya berkenaan perjuangan Palestin:

Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka.

Menyerah diri dimaksudkan bahawa rakyat Palestin perlu pasrah bahawa Palestin bukan lagi milik mereka dan dibiarkan berlaku pencerobohan oleh pihak zalim.

Perjuangan dimaksudkan dengan segala kekuatan yang ada sehingga keadilan tertegak walau biar mati sekalipun dipertahankan hak tanpa diragukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan sendiri.

Apabila ditanyakan berkenaan desakan Barat (Pembaratan) supaya HAMAS menghentikan perjuangan bersenjata:

Pemahaman Barat pada isu ini dangkal dan silap. Mereka meminta kami (rakyat Palestin) meninggalkan perjuangan kemerdekaan kami dan langsung tidak meminta daripada para penjajah (rejim Zionis) meninggalkan tanah air kami dan memulangkannya semula kepada yang lebih berhak.

Apakah masa depan Israel?
Baca baki entri ini »