Tafsir Surah Al Lahab (Gejolak Api) – 111

19 02 2008

al-masad.jpg

diolah dari Tafsir Ibn kathir

Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.

Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,

Wahai kamu semua, mari ke mari!

Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkata

Jika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?

Baca baki entri ini »





Tahniah SUA KARISMA Nasional

14 02 2008

Seluruh keluarga KARISMA Melaka mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan pengantin baru yang telah diijab qabulkan pada tanggal 9hb Februari 2008 bersamaan dengan 2 Safar 1429H di Sungai Petani, Kedah.

Akhuna Hafiz Abd Hamid (Bai) & Ukhtuna Soddiqa bt Ariffin
“Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair”
nota: Akhi Bai merupakan Setiausaha Agong Karisma Nasional sesi 2008




Selamat Berjuang Sahabat!

29 10 2007

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Sempena Menghadapi Peperiksaan dan Ujian di Taman Ilmu

Exam bin Ujian

 

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut: ayat 1-3)

Kehidupan Sebagai Ujian & Peperiksaan

Baca baki entri ini »





Dosa dalam Dosa!

24 10 2007

Wahai diri yang melakukan dosa!

Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal. Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan & kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada asal.

Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah jauh lebih parah dosanya juga. Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya. Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar.

Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa yang lebih besar dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandangan Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar – itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.

Baca baki entri ini »