Nikah itu Ibadah, Bersedialah!

14 02 2009

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

Baca baki entri ini »





Khadijah Radiallahu ‘anha Lambang Cinta Sejati

8 01 2008

Menziarahi peribadi Khadijah radiallahu ‘anha membangkitkan perasaan dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati terhadap suami. Dia lambang tekun ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. Dia lambang pengorbanan unik ketika bersendirian mendokong suaminya menghadapi ramai golongan berkuasa di Mekah serta kejahilan dan ketakutan orang ramai di Semenanjung Arab. Beruntung Khadijah ra berjaya menjual dunianya untuk membeli Akhirat yang lebih kekal dan abadi apabila Jibril datang memaklumkan kepada Nabi saw, “Berilah khabar gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah telah dibina untuknya di Syurga ..”.

Khadijah ra seorang korporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak agama dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.

Baca baki entri ini »