Nikah itu Ibadah, Bersedialah!

14 02 2009

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

Kaum wanita di zaman Fir’aun, mereka mendapat hak yang sama dengan lelaki dalam hal pewarisan termasuk mewarisi kerajaan. Bahkan kadangkala hak yang mereka terima melebihi hak lelaki di masa bangsa kuno Mesir beranggapan bahawa kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Pada zaman Ptolemus dan Romawi seorang lelaki yang mengahwini saudara perempuannya dianggap lumrah dan dibolehkan. Bangsa Mesir kuno beranggapan bahawa Dewa Isis pun berkahwin dengan saudara perempuannya Osiris untuk memelihara kemurniaan darah raja bagi keturunannya.

Berkenaan bangsa Athena kuno pula sangat memandang rendah terhadap kaum wanita. Kaum hawa ini hanya dianggap perhiasan yang dapat dijual beli di pasar-pasar. Mereka menganggap kaum wanita sebagai jelmaan syaitan jahat, kotor dan menjijikkan. Para suami mempunyai hak mutlak untuk berbuat apapun terhadap isteri dan dengan sendirinya kaum wanita diharamkan untuk menerima hakikat sebagai seorang manusia. Kaum lelaki juga bebas untuk mempunyai isteri sebanyak mana yang mereka kehendaki. Hal ini berbeza dengan bangsa Sparta yang membolehkan kepada kaum wanita untuk bersuami ramai.

Sebelum ini saya telah tuliskan beberapa artikel ringkas berkenaan riwayat hati seperti Love, Nyanyian Cinta, Bila Ditanya Adik Tentang Hati, dan Aurat dan Silang Jantina. Kesemuanya bermaksud mendidik diri saya sekaligus mengajak sekalian pembaca memahami bagaimana menjadi hamba dan dalam pada masa yang sama juga menjadi manusia.

Saya menulis entri kali ini setelah berbual dengan sahabat saya iaitu Dr. Zainal Abidin Othman, Pakar Bius Hospital Melaka tentang orang muda yang patut bernikah atau berkahwin. Katanya, ramai Muslim yang berlagak tahu dan pandai mengenai perkahwinan padahal hakikatnya tidak sama sekali. Kebanyakan dari kita katanya, masih agak segan membincangkan isu pernikahan dan hal-hal membina rumahtangga yang utama.

Sesungguhnya saya merasa tak layak menulis semua ini, namun saya mencadangkan agar ditanyakan kepada yang lebih mengetahui berkenaan hal pernikahan dan hal rumahtangga, iaitu orang telah terlebih dahulu mendirikan rumahtangga. Harapnya entri kali ini mencambahkan niat berkahwin agar kita sama-sama menjaga keutuhan di samping mengekalkan keazaman dalam kesungguhan kita untuk mencari redha Ilahi.

Sesetengah remaja atau muda mudi menganggap pernikahan atau cinta sahih itu adalah berupa lakaran puisi yang indah-indah dibaca. Hakikatnya, andaian itu tersasar jauh dari makna sebenar sekaligus menerangkan bahawa andaian itu adalah datang dari golongan yang tidak tahu menguruskan fikiran tentang sebuah pernikahan atau perkahwinan. Kebanyakannya, masih berasa sombong dan ‘terlalu segan’ untuk bertanya kepada yang lebih tahu tentang erti sebuah perkahwinan ini.

Semua ini tidak pelik:

Masyarakat secara fitrah adalah pengikut kebenaran. Akan ada yang setia kepada kebatilan bukan kerana kebatilan itu kebenaran. Tetapi lebih kerana antara jambak kebatilan itu, cuba diselitkan bunga kebenaran. Dan ini namanya fitnah. Dan dalam keadaan serba fitnah siapa yang akan selamat? Ada, ada yang akan selamat, orang yang sesuai dengan takdir Ilahi. Dan percaya dengan keMahabijaksanaan Allah, orang jenis ini yang akan cuba menemukan kebenaran, dan bila dapat, mereka akan menggenggamnya dengan kemas…

Gejala memiliki pasangan secara tidak sah dikalangan muda mudi amat merisaukan. Hanya berdasarkan panduan hati yang masih buta dan cetek ilmu tentang perhubungan berlawanan jantina, tindakan banyak telah merosakkan jiwa sebelum berjaya mencapai maksud sebuah bahagia gara-gara terpesona dengan kecantikan sekadar perhambaan moden yang menyeronokkan.

Tidak kurang pula yang terjebak dengan cinta songsang, yang tidak ketemu hakikat kejadian diri sendiri. Moga mereka diselamatkan Tuhan dan kita dijauhkan.

Kekurangan ilmu tentang psikologi perasaan fitrah dari kejadian yang berbeza antara lelaki dan wanita, mencemarkan lagi apa yang telah sedia berlaku. Sesungguhnya, bila berbicara hal perancangan pelamin, ada sahabat jauh yang berpesan bahawa jangan hanya merancang hingga setakat di pelamin, tetapi masukkan sekali urusan lampin. Rumahtangga adalah kombinasi suka dan duka. Sesungguhnya perlu juga meneliti betapa isteri di hati seorang Muhammad Abdullah Alaihissalam.

Namun dalam derita tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia.

Akhirnya, di sini saya paparkan beberapa pautan yang menukilkan entri weblog yang menjelaskan perihal berkaitan hati dan hal ehwal pernikahan ini.

Ketika Akan Menikah

  • Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu untuk anak-anak, dan jangan pula dicari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak.

Ketika Melamar

  • Anda (si lelaki) bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali si gadis, tetapi anda sedang meminta kepada Allah melalui orang atau wali si gadis.

Ketika Akad Nikah

  • Anda berdua bernikah di hadapan penghulu atau si Imam tetapi anda berdua menikah di hadapan Allah yang Maha Menyaksikan .

Ketika Jemputan Keramaian

  • Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendo’akan anda, sebab anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai sebab mensia-siakan do’a mereka.

Ketika Biduk Rumah Tangga Oleng

  • Jangan saling berlepas tangan dikala tragedi buruk berlaku, tetapi sebaliknya pereratkanlah genggaman tangan antara kedua suami dan isteri.

Ketika Belum Memiliki Anak

  • Cintailah suami atau isteri anda 100%.

Ketika Telah Memiliki Anak

  • Jangan berbahagi cinta anda kepada suami atau isteri dan anak-anak tetapi cintailah suami atau isteri anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%.
(Nota: Pautan yang saya selitkan dalam perkataan adalah juga termasuk senarai utama pembacaan berkenaan hal ehwal membina rumahtangga ini)

Baca juga:


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: