Nikah itu Ibadah, Bersedialah!

14 02 2009

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

Baca baki entri ini »





Hijab: Memelihara Wanita

7 01 2008

adik-comel.jpg

Pendahuluan

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Perbincangan ‘Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita. Namun, kita akan membincangkan topik ini dalam konteks bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.
Baca baki entri ini »





Mencari Titik Penyelesaian Isu Palestin: Taqwa Jadi Prasyarat

4 01 2008

Oleh Safwan Saparudin

Mendengar promo palestinkini.info di dalam sebuah corong radio tempatan, seorang apek cina membebelkan: ”Palestin…manyak problem ma…” yang pada saya telah memaknai komen sinis lagi tersirat. Menafsirkannya, jika sedemikian persepsi masyarakat umum dalam melihat isu Palestin sekadar isu sahaja tanpa kajian teliti dan menimbang dengan mizan yang sahih, sama juga semudah mengomel: ”banyak betul masalah Palestin nih…” atau ”tak habis-habis lagi ke perang Palestin-Israel nih?”. Mudah menghukum dan kaya dengan alasan tanpa menterjemah kepada tindakan. Begitu, tidak bijak menyalahkan sesiapa kerana sebenarnya isu ini belum ’menggigit’ hati masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia.

Syaikh Abdullah Nasih Ulwan, seorang ulama Muslimin telah menoktahkan beberapa poin berharga sebab yang menjerumuskan wilayah Palestin seperti wajahnya kini. Merawatnya bererti kita bakal mengembalikan kemenangan yang dijanjikan.

Baca baki entri ini »





Penolakan itu Biasa & Relevan

25 10 2007

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh 🙂

Di dalam kehidupan seharian manusia, tidak semua perkara yang asing di pandangan dan fikiran dapat diterima sebaiknya pada awal pengenalan. Budaya kebaikan tidak mudah dilaksana sebab ia perlu diusaha keras dan teratur sesuai dengan kemampuan dan masa tertentu.

Dalam keghairahan menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat umum, seringkali kita ditolak mentah-mentah walau belum sempat berkata sepatah pun. Kadangnya mereka akan berkata:

cukuplah bagi kami apa yang telah kami terima dari nenek moyang kami… (Surah Al Maidah: ayat 104)

Itu pengalaman yang dapat dirasai daripada sekian banyak episod yang dilalui oleh pengemban dakwah Tauhidullah. Semua itu sudah menjadi sunnah dan kebiasaan rutin bilamana menuntut pengorbanan dan ketaatan seseorang.

Baca baki entri ini »





Dosa dalam Dosa!

24 10 2007

Wahai diri yang melakukan dosa!

Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal. Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan & kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada asal.

Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah jauh lebih parah dosanya juga. Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya. Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar.

Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa yang lebih besar dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandangan Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar – itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.

Baca baki entri ini »