Selamat menempuh semester baru 2010/2011

8 07 2010

“Salam Perjuangan

Salam Ukhuwwah”

pada semua pelajar IPT Melaka yang baru mahupun lama sesi 2010/2011

Semoga langkah yang diorak hari ini memberi seribu makna pada masa depan kita dan ummah Islam


Bukalah persepsi, perbetulkan ideologi, perkemaskan peribadi

In TansurulLah Yansurukum wa Yuthabbit Aqdaamakum





Masa itu Nyawa & Nyawa itu adalah KITA

29 08 2009

Salam Perjuangan Ramadhan🙂

Sudah ratusan, malahan ribuan orang telah membicarakan, memperkatakan perihal masa dan kepentingannya dari pelbagai sudut pandang.

Sudah berkurun ayat Allah diturunkan berkenaan masa ini disampaikan Allah pada manusia mutakhir ini dalam surah Al ‘Asr.

Namun, mengertikah KITA bahawa masa itu sebenarnya adalah NYAWA yang kita gadaikan di atas bumi ini untuk dapat HABUAN AKHIRAT kelak?

Sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan inilah iltizam dan pendirian sahabat Rasulullah terbukti di hadapan mata tatkala mereka bangun dan mempersiapkan diri untuk mempertahankan Deen Islam.

Setelah lama mereka melewati waktu bersama Ar Rasul sejak dari tarbiyyah secara rahsia tersembunyi hinggalah mereka berdakwah dalam kebanggaan menjadi Muslim.

Daripada teori mereka menerima ilmu dan juga menerima asakan fizikal yang berat dari seksaan kafir musyrik semasa di Makkah.

Masa mereka tetap berjalan dengan saham pahala yang sanggup menggadai nyawa demi diri mereka dan anak cucu mereka iaitu KITA.

KITA kini adalah NYAWA umat masa ini.





JOM Sertai Pertandingan Anugerah Media Islam 2009

14 06 2009

THE ISLAMIC MEDIA AWARD COMPETITION
(I-MAC 2009)


Tarikh: 30 Mei 2009 – 17 Julai 2009

Anjuran bersama
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Peserta: Sasaran Peserta : Individu berumur 15 tahun dan ke atas

Laman Pertandingan Ini – http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan penyampaian bahan bermesej dan nilai-nilai murni menggunakan alat media yang pelbagai.
  2. Menjadi satu testimoni kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak penganjur iaitu KARISMA dalam menyebar luaskan kemurnian ISLAM.
  3. Membudayakan budaya menulis yang berorientasikan informasi dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang sedia meminati bidang penulisan.
  4. Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dalam kalangan masyarakat untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza menerusi tema-tema yang disediakan penganjur.
  5. Mengenalpasti individu-individu yang berbakat dan berpotensi dalam bidang penulisan, fotografi, dan multimedia agar mereka berterusan menyampaikan dakwah serta nilai-nilai murni kepada masyarakat.

TEMA PERTANDINGAN

  1. Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)
  2. Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)
  3. Kehidupan Pelajar (Student Life)
  4. Alam (Nature)
  5. Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )
  6. Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)
  7. Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)
  8. Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

*Penyertaan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Apa anda perlu buat?

Hantar sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia berdasar tema pertandingan.

maklumat lanjut > http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/

Baca baki entri ini »





Bengkel JOM berJoomla – 2 Mei

25 04 2009

joomla





KARISMA Berusia 10 Tahun Kini

28 03 2009

logo_10tahun_karisma





Pameran Palestin di MMU Melaka > 10-14 Mac

8 03 2009
Program Pameran : Minggu Penghayatan Bumi Palestin
Tempat : MMU Melaka
Tarikh : 10-14 Mac 2009
Masa : 9 pagi – 6.00 petang
Bayaran: PERCUMA

10-13 Mac

Jejak Palestin Exhibition
daripada 6 NGO:

1. Aman Palestin

2. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Melaka
3. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
4. TERAS
5. Yayasan Amal Negeri Melaka
6. Muslim Aid
venue at: CLCR Concourse MMU Melaka
14 Mac 2009
Palestine Charity Night
– YB Mukhriz Mahathir from Aman Malaysia
– persembahan artis MUADZ, Pentomin, Drama, Puisi dan banyak lagi
Hubungi:
013 – 9745009 : Wan Haffiz
017 – 6687496 : Wani

———————————–

Apa yang menarik semasa Pameran Palestin di MMU Melaka 10-14 Mac ini?
  1. Sejarah Palestin
  2. Palestin dan Agama Utama Dunia
  3. Palestin dan Kepentingannya pada Umat Islam
  4. Palestin dan Rakyat Malaysia
  5. Penerangan bagaimana rakyat Malaysia boleh bantu Palestin
  6. Jualan Barangan Palestin
  7. INFAQ (Sumbangan) kepada Palestin
  8. Pertemuan wakil NGO yang giat berusaha dalam isu Palestin di Malaysia
  9. Fakta Penderitaan yang Ditanggung Rakyat Palestin
  10. Fakta Kekejaman dan Penindasan Israel Terhadap Rakyat Palestin
  11. Usaha yang Realistik oleh Masyarakat Sedunia bagi Membantu Palestin
  12. Masa Depan Palestin
  13. Ketahui kita PUNYA SAUDARA di PALESTIN
  14. dan pelbagai lagi nasyid, video, gambar terkini dan flyer dan poster kempen selamatkan Palestin…
Kesemua maklumat di atas dapat kita lihat di pameran dalam bentuk Risalah (Flyer), Video Multimedia (ada jualan), Kajian Tulisan (Article), Gambar Terkini, Kempen dan sebagainya.
Jemput HADIR dan BERITAHU KELUARGA, JIRAN & KAWAN




Boikot Beli Barangan Amerika, Israel

8 03 2009

KEKEJAMAN dan penindasan berterusan… tetapi dunia hanya memerhatikan. Dengan rakus rejim Zionis menghancurkan keamanan sebuah negara berdaulat selama lebih 60 tahun secara kolektif, bukan setakat menghalau penduduk asal, malah menjadikan mereka pelarian yang kebuluran serta melakukan pembunuhan secara berleluasa.

Pengeboman di tempat awam, membunuh kejam kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya serta golongan wanita. Malah, golongan golongan lelaki cuma bertahan dengan menggunakan batu sebagai peluru yang dibalas dengan meriam dan bedilan jet tentera.

Sama ada prihatin atau tidak, sehingga kelmarin Gaza sudah bertalu-talu menerima terjahan bom serta bedilan apabila serangan udara Israel, mengorbankan lebih 350 orang penduduk awam dan hampir 1,700 cedera dengan 300 parah.

Pesawat tempur Israel menjadikan mereka sebagai sasaran kekejaman tanpa mengenal erti belas kasihan. Amerika Syarikat pula terus memberikan sokongan kepada Israel dengan alasan mempertahankan diri, menyerang militan dan pelbagai alasan lain.

Negara yang dikatakan maju dengan teknologi itu ternyata paling jahil dan bodoh kerana menjadikan umat Islam yang tidak bersalah sebagai mangsa sejak sekian lama. Ia jelas apabila memberikan bantuan ketenteraan dan kelengkapan perang kepada Israel, terbaru pesawat Israel jenis F-16 buatan Amerika, helikopter tempur dan kapal tempur Israel menyerang wilayah bergolak Gaza.

Cukup tragis ketika seluruh umat Islam menyambut ketibaan Awal Muharam, Tahun Baru Hijrah 1430. Israel memberikan hadiah darah kepada umat Islam dengan bahan makanan serta ubat-ubatan yang disekat daripada dibawa masuk ke sana.

Masyarakat dunia keseluruhannya sama ada Islam atau tidak menyatakan kemarahan dan melakukan demonstrasi bantahan. Dunia Islam lain hanya memerhatikan apa yang sedang berlaku tanpa mampu bersuara secara tegas.

Kekuatan ekonomi selaku milikan terbanyak minyak di Asia Barat serta antara masyarakat teramai di dunia, semuanya tunduk kepada Yahudi yang hanya sedikit jumlahnya.

Terbukti bahawa melimpahnya kekayaan yang berada di jazirah Arab dan menjulangnya gedung di Dubai, Riyadh, Kuwait dan lain-lain, sama sekali tidak bernilai dan hanya menjadi keuntungan orang berkepentingan.

Marilah bersama-sama kita rakyat Malaysia, membantu atas dasar semangat persaudaraan kemanusiaan sejagat dan saudara seagama daripada segenap daya usaha yang mampu.

Sama-sama kita panjatkan dalam munajat kita agar saudara kita yang sedang berjihad ini diberikan kekuatan dan kemenangan dalam menghancurkan Zionis dan Israel yang menanti masa untuk dikuburkan.

Kita pulaukan barang yang mempunyai kaitan ekonomi dengan Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya kerana kita mempunyai kuasa membeli. Membeli barang mereka bererti menyumbang kepada peratus kematian saudara kita di sana. Perhatikan dan lakukan kajian barang sebelum membelinya.

Mahasiswa, ayuh bangkit tunjukkan kematangan dalam berurusan, laksanakan tanggungjawab selari dengan kreativiti dan daya keintelektualan yang diharapkan. Tinggalkan perkara sia-sia, laksanakan tuntutan agama dan aspirasi umat. Sedarlah dunia sedang menanti kita, kebangkitan generasi muda.

AL AMIN MOHAMED SULTAN,
Pengerusi K-Melaka Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
Berita Harian
4 Muharram 1430 1 Januari 2009