Menjadi Detektif Penyelamat

17 02 2009

-)

Bismillahir Rahmanir Raheem

“Betul ke dia tu yang buntingkan si Pe’ah tu? Macam tak percaya je aku!” tanya Bulat Benar pada Pengap Mulut Celupar.

“Kenapa ya dia buat begitu? Tak sangka betul aku!” terus sahaja Bulat Benar mengiyakan tanpa menunggu jawaban dari Pengap Mulut Celupar.

Maka esoknya tersebarlah isi perbualan tersebut dalam kampung kediaman mereka berdua. Habis satu kampung bercerita di warung-warung, kaki lima masjid dan surau serta di pasar borong. Kesemua berborak bagai semuanya telah sahih tanpa ada pengakuan dan siasatan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan. ( Surah Al Hujurat 49 ayat 6 ).

Setelah beberapa ketika berita itu tersebar, sampailah juga ke cuping telinga si Pe’ah yang dibicarakan tanpa peguam bela tadi.

“Eh, pandai je la akak ni, mana dengar cerita ni, apa akak tahu perkara sebenarnya?!” Pe’ah menafikan soalan kepada jiran sebelah rumahnya.

“Erm, tak tahu…tapi si Pengap tu…”

“Ya Allah, apa dah berlaku ni? Ini fitnah.” laung Pe’ah.

Dipendekkan cerita bualan mereka berdua.

“Saya sebenarnya telah bernikah semenjak tahun lepas sebelum pulang dari belajar di luar negara. Berita nikah saya, hanya keluarga terdekat yang tahu. Ayah saya mahukan saya berteman dan ada pelindung sewaktu di luar negara.” jelas Pe’ah.

“Kini suami saya tiada lagi, dia meninggal beberapa bulan sebelum sempat pulang bersama saya ke pangkuan keluarga!” sambung Pe’ah dalam sebak antara sedih kerana ketiadaan suaminya dan kecewa atas cakap-cakap orang kampung.

Tamat cerita.

Nah! Ayat Tuhan dari surah di atas bukan diturunkan semalam tapi sudah berabad mengajar masyarakat berakal seperti kita agar lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu berita yang belum terang kesahihannya. Manusia ini memang suka berkata-kata. Dia suka berhubung dengan kata-katanya. Sedang haiwan ada yang mampu berkata-kata tapi tidak mampu memahami perkataan yang diucapnya.

Berhati-hati bukan sahaja tatkala berlaku darurat, dalam keadaan senang berbicara juga mesti berwaspada. Sedang butiran setiap bicara itu akan dihisab Tuhan di hari akhir kelak.

Allah berpesan juga dalam surah Al ‘Asr yang dapat kita fahami bahawa manusia yang tidak rugi itu adalah yang menyampaikan kebenaran dengan kesabaran. Ya dengan sabar! Kebenaran itu mesti dengan sabar tatkala kita beria nak menghebahkannya. Jangan gopoh-gapah.

Kedua ayat dalam dua surah di atas ada hubungkaitnya, tinggal kita memahami dengan konteks sebenar dalam erti kata perbuatan dan tingkah laku kita seharian.

Biarlah masyarakat kita hidup dalam kebenaran daripada hidup dengan memburukkan jiran sebelah dengan cakap-cakap yang kita sendiri belum tahu maksud sebenarnya.

Moga tidak menjadi sesat seperti binatang ternak dan lebihnya.

Moga menjadi detektif penyelamat ummah.





Senarai Info Palestin

15 02 2009




Nikah itu Ibadah, Bersedialah!

14 02 2009

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah setelah lama saya berkira-kira menulis entri kali ini akhirnya saya beranikan diri untuk dipaparkan buat tatapan umum. Ia adalah ilmu yang bukan rahsia. Ia suatu ilmu yang perlu kita pelajari. Bahkan saya telah mempelajari bab ini sekitar umur di tingkatan 2 persekolahan. Ia tidak pelik dan tidak perlu kita hairankan sebab ilmu itu perlu diketahui juga untuk manfaat besar buat generasi seterusnya. Ilmu itu adalah ilmu tentang menjaga hati dan jiwa serta ilmu membina rumahtangga bahagia.

Baca baki entri ini »





Al Amin: Terima Anugerah Mahasiswa Gemilang 2008

11 02 2009

11 Feb – Al Amin telah diberi penghargaan menerima Anugerah Mahasiswa Gemilang 2008 dalam Majlis Bakti dan Kegemilangan Mahasiswa UTeM 2008.

Ucapan tahniah dapat dibuat kepada Al Amin: 0136960399

Antara amalan harian orang yang cemerlang:

  • Solat Fardhu Berjama’ah
  • Bacaan Al Quran setiap hari
  • Bacaan Mathurat pagi dan petang
  • Solat Dhuha
  • Berpuasa Sunat Isnin dan Khamis
  • Berbicara mulia sesama kawan
  • Sentiasa dalam doanya mendoakan kejayaan orang lain




Azhar Keluar Hospital setelah 1 minggu

1 02 2009

Azhar akan keluar hospital setelah 1 minggu di sana. Familinya sudah hadir dan terus membawanya pulang ke Kedah. Namun keadaannya masih belum sembuh seperti sediakala dan tidak mampu berdir dan berjalan akibat radang di paha. Alhamdulillah dia tidak perlu dialisis dan hanya perlu menjaga pemakanan sihat bagi mengekalkan keseimbangan badannya. Diharap Abang Ard sihat untuk kerja-kerjanya pada hari mendatang.

Terima kasih kepada sahabat seluruh Malaysia yang ikuti perkembangan Azhar dan juga di atas sumbangan wang yang diberikan.

Wallahualam

Abang Ejan
0123367369





Islam, Mesti Disampaikan Bukan Dimomokkan!

14 01 2009

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Meneliti nota lama, catitan sejarah ajaran nabi Muhammad. Ada nota dari satu perjumpaan yang bermakna.

Antara isinya adalah:

  • Seruan sesetengah kita yang Muslim kepada yang bukan Muslim: “Jangan main-main dengan Islam!“. Nadanya bagaimana itu? Ada keras dan tidak diplomatik. Menakutkan. Ada Islamophobia.
  • Matlamat kita adalah memperlihatkan ISLAM itu adalah PELINDUNG semua MANUSIA serta alam sekitar. Mengapa mesti bengis?
  • Antara skop Islam adalah – melindungi orang Islammelindungi orang bukan Islammelindungi alam sekitar.
  • Senario kini: mesej yang sampai kepada bukan Islam adalah celaru sebab Muslim turut melakukan perkara haram dan keji. Bagaimana mungkin masyarakat bukan Islam bisa melihat ini?




Perhimpunan Intifadhah Di Hadapan Kedutaan Amerika

29 12 2008

Anda
semua dijemput untuk hadir demonstrasi AMAN di hadapan kedutaan Amerika
pada 30 Dis ini (Selasa) ESOK  jam 11.00 pagi di Kuala Lumpur
.

Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan rasa kemanusiaan kita pada sahabat di Palestin.

Amerika sekutu kuat Israel telah menyerang Palestin di Tebing Gaza
dan mengorbankan 280 rakyatnya di samping mencederakan 780 orang
termasuk kanak-kanak.

Dan angka di atas adalah antara serangan yang paling dahsyat ke atas Palestin sejak 60 tahun.

Dikatakan lebih 250 sasaran telah dibuat oleh Israel dengan alasan
bahawa membuat serang balas mortar Palestin, sedangkan serangan
dimulakan terlebih dahulu oleh Israel.

Kejam sungguh!

Kanak-kanak korban serangan Israel

280 korban