Menangislah Di Sini!

28 10 2007

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata. Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.

Baca baki entri ini »

Advertisements




Dosa dalam Dosa!

24 10 2007

Wahai diri yang melakukan dosa!

Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal. Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan & kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada asal.

Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah jauh lebih parah dosanya juga. Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya. Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar.

Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa yang lebih besar dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandangan Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar – itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.

Baca baki entri ini »