The 7 Habits of Highly Effective Muslim

16 01 2008

7-habits.jpg

Presiden Bill Clinton menilai bahawa daya saing bangsa Amerika mulai tergeser oleh bangsa Jepun dan negara-negara industri baru di Asia.

Salah satu cara untuk mengembalikan keunggulan bangsa Amerika menurut Presiden Clinton adalah dengan menerapkan “The Seven Habits of Highly Effective People

[Tujuh Kebiasaan Manusia Yang Sangat Efektif] yang ditulis oleh Dr. Steven R.Covey.

Jika bangsa Amerika saja yang sudah maju mahu belajar dari Steven R.Covey, pasti ada hikmahnya bila kita juga mahu mempelajari 7 kebiasaan Covey. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hikmah itu milik orang Islam, di mana pun kamu mendapatkannya ambillah.” Apakah kebiasaan itu?. Kebiasaan adalah pertemuan antara ‘knowledge’ [pengetahuan], ‘skill’ [keterampilan] dan ‘desire’ [keinginan]. Menghentikan kebiasaan merokok misalnya, tidak cukup dengan memilikki pengetahuan tentang terdapatnya hubungan negatif antara merokok dengan kesihatan dan mengetahui cara berhenti merokok. Kalau hanya ‘knowlegde’ dan ‘skill diperlukan, tentu tidak ada lagi doktor yang merokok. Mengubah kebiasaan mensyaratkan ketiganya. Berikut adalah 7 kebiasaan manusia yang sangat efektif.

  1. Habit #1: Jadi Insan Proaktif
    • Proaktif bukan sekadar berinisiatif. Proaktif beerti suatu keyakinan bahawa apa pun yang kita perolehi dalam hidup merupakan akibat pilihan respons kita sendiri. Kebiasaan pertama merupakan kesedaran bahawa antara stimulus dan respons terdapat ‘freedom to choose’. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’d 13:11, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.
    • Ramai orang berfikir bahawa ketidakbahagiaan mereka disebabkan kerana apa yang terjadi pada diri mereka. Padahal yang sebenarnya adalah kerana cara mereka memberi makna atas apa yang terjadi.
    • Selalu ada pilihan untuk bereaksi secara positif terhadap situasi yang negatif.
    • Kemampuan untuk memilih respons seperti yang dikemukakan di atas, merupakan fungsi dari kemampuan kita memanfaatkan kurnia Allah berupa Furqan [ berupa Al-Quran yang membezakan antara respons yang haq dan yang batil], ‘independent will’ [kehendak bebas], ‘self awareness’ [kesedaran diri], ‘conscience’[kata hati] dan ‘imagination’ [imaginasi].
    • Dengan kata lain, kitalah yang memprogramkan kehidupan kita sendiri.
  2. Habit #2: Kejayaan Bermula di Minda
    • Bermula dari Dalam Fikiran
    • Miliki maksud jelas apa yang penting dan tidak serta menggariskan matlamat dan tujuan utama kehidupan kita bagi mengarahkan peta kehidupan – Personal Mission Statement.
    • Kebiasaan kedua adalah kebiasaan memiliki visi, misi dan tujuan. Kebiasaan ini menunjukkan arah dan cara menjalani hidup serta menentukan hal-hal yang penting dalam hidup. Islam mengajar pentingnya goal setting ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam menyatakan setiap perbuatan yang tergantung niatnya. Kebiasaan bermula dan berakhir dalam fikiran mengajar agar kita menulis matlamat kita.
  3. Habit #3: Utamakan yang Utama
    • Mendahulukan yang utama merupakan kebiasaan yang menuntut integritas, disiplin dan komitmen. Allah berfirman dalam surah Al Mukminun 23:1-3: “Sungguh berhasil orang-orang mukmin, iaitu orang –orang yang khusyu’ dalam solat mereka dan orang-orang yang berpaling dari perbuatan dan percakapan yang sia-sia”.
    • Dan dalam surah Al ‘Asr 103:1-3: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”.
    • Juga dalam surah Al Insyirah 94:7-8: “Maka apabila engkau telah selesai [dari suatu urusan], maka kerjakanlah [urusan lain] dengan bersungguh-sungguh dan kepada Tuhanmulah kamu berharap”.
    • Kebiasaan ketiga menekankan pentingnya memanfaatkan waktu.
  4. Habit #4: Think Win-Win
    • Bina pasukan yang memangkin penyelesaian dan faedah bersama, menerusi perkongsian tanggungjawab, rasa hormat, serta memahami keutamaan sejagat.
    • Mencari mutual benefit dalam semua interaksi dengan manusia. Principle-based behavior atau mungkin saya boleh simpulkan sebagai ummatic centric.
    • Berfikir menang-menang berasal dari karakter yang dicirikan dengan kejujuran [menyesuaikan kata dengan perbuatan], integriti [menyesuaikan perbuatan dengan kata], kematangan [keseimbangan antara ketegasan dan toleransi], dan mentaliti kelimpahan [keyakinan bahawa kurnia Allah tersedia tanpa batas bagi sesiapapun yang mengikuti sunnatullah atau ‘causality law’].

  5. Habit #5: Seek First to understand, Then to Be understood
    • Memahirkan diri dengan skil berkomunikasi efektif yang membawa kepada pengaruh dan penyelesaian masalah.
      1. Evaluating: You judge and then either agree or disagree.
      2. Probing: You ask questions from your own frame of reference.
      3. Advising: You give counsel, advice, and solutions to problems.
      4. Interpreting: You analyze others’ motives and behaviors based on your own experiences.
    • Kebiasaan kelima menunjukkan bahawa “the secret of living is giving” [rahsia kehidupan adalah memberi]. Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda bahawa tangan di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah. Allah berfirman dalam surah Az Zalzalah 99:7-8, “Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan menerima balasannya dan barang siapa mengerjakan keburukan seberat zarah, nescaya dia akan menerima balasannya” dan dalam surah Ar Rahman 55:60-61 “Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula, maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”. Juga dalam surah Al Baqarah 2:261, “perumpamaan orang yang memberi di jalan Allah, adalah seumpama sebuah biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai berisi seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [kurnia-Nya] lagi Maha Mengetahui.

  6. Habit #6: Sinergi, 1+1 = Infiniti
    • Menilai dan meraikan perbezaan antara dua pihak dan perkara serta memahami bagaimana perbezaan itu boleh menyumbang kepada inovasi dan idea penyelesaian yang bijak.
    • Wujudkan Sinergi bermaksud “two heads are better than one” – dua otak atau fikiran lebih bagus daripada satu.
    • Bersinergi bererti keseluruhan lebih bernilai daripada jumlah bahagian-bahagiannya. Mengenai pentingnya bersinergi, Khalifah Umar bin Khattab pernah berujar bahawa ‘kejahatan yang terancang dapat mengalahkan kebaikan yang tidak terancang’.
    • Yang harus diingat adalah agar dapat bersinergi setiap anggota memiliki lima kebiasaan di atas iaitu proaktif, bermula dan berakhir dalam fikiran, dahulukan yang utama, berfikir menang-menang dan berusaha memahami dahulu baru difahami.
    • Allah Subhanahu wa taala mengingatkan agar kita hanya bersinergi dalam melakukan kebaikan bukan dalam berbuat dosa dan permusuhan. [Al Maidah 5:2]

  7. Habit #7: Sharpen The Saw
    • Sharpen the Saw – Asah Gergaji bermaksud mengekalkan dan meningkatkan keupayaan asset sedia ada iaitu – diri kita sendiri.
    • Fizikal: Makanan berkhasiat, bersenam, dan berehat.
    • Sosial/Emosional: Wujudkan hubungan sosial yang bermakna dan bermanfaat dengan orang lain.
    • Mental: Belajar sesuatu, membaca, menulis, dan mengajar.
    • Spiritual: Menggunakan masa sebaiknya, berkarya, berdoa, solat dan membantu golongan yang memerlukan serta dekat dengan masyarakat melalui badan pertubuhan amal anjuran kerajaan atau bukan.
    • Rasulullah mengajar agar kita terus mengasah gergaji fizik, mental, sosial / emosional, dan spiritual ketika beliau bersabda: “Orang Islam adalah orang yang begitu sibuk memperbaiki diri, sehingga tidak memiliki waktu lapang untuk mencari-cari aib orang lain. Orang Islam adalah orang yang hari ini lebih baik daripada kelmarin dan hari esok lebih baik darihari ini. Amal perbuatan yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan terus-menerus walaupun sedikit ”.
  8. Habit #8: From Effectiveness to Greatness

Baca juga:


Tindakan

Information

Tinggalkan komen