Ahlan wa Sahlan ke Laman Weblog

Karisma Melaka

Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali.

(Surah Hud: 88 )

Sejarah Penubuhan

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Visi

Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia”

Kenyataan Misi

Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif’

Menggembleng tenaga mahasiswa ke arah merealisasikan Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus (FIDAK) menjelang 2015

————————————————————————————————————

Motto

Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan

————————————————————————————————————

Objektif Penubuhan

.::Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa::.

.::Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat::.

.::Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak::.




%d bloggers like this: