Boikot Beli Barangan Amerika, Israel

8 03 2009

KEKEJAMAN dan penindasan berterusan… tetapi dunia hanya memerhatikan. Dengan rakus rejim Zionis menghancurkan keamanan sebuah negara berdaulat selama lebih 60 tahun secara kolektif, bukan setakat menghalau penduduk asal, malah menjadikan mereka pelarian yang kebuluran serta melakukan pembunuhan secara berleluasa.

Pengeboman di tempat awam, membunuh kejam kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya serta golongan wanita. Malah, golongan golongan lelaki cuma bertahan dengan menggunakan batu sebagai peluru yang dibalas dengan meriam dan bedilan jet tentera.

Sama ada prihatin atau tidak, sehingga kelmarin Gaza sudah bertalu-talu menerima terjahan bom serta bedilan apabila serangan udara Israel, mengorbankan lebih 350 orang penduduk awam dan hampir 1,700 cedera dengan 300 parah.

Pesawat tempur Israel menjadikan mereka sebagai sasaran kekejaman tanpa mengenal erti belas kasihan. Amerika Syarikat pula terus memberikan sokongan kepada Israel dengan alasan mempertahankan diri, menyerang militan dan pelbagai alasan lain.

Negara yang dikatakan maju dengan teknologi itu ternyata paling jahil dan bodoh kerana menjadikan umat Islam yang tidak bersalah sebagai mangsa sejak sekian lama. Ia jelas apabila memberikan bantuan ketenteraan dan kelengkapan perang kepada Israel, terbaru pesawat Israel jenis F-16 buatan Amerika, helikopter tempur dan kapal tempur Israel menyerang wilayah bergolak Gaza.

Cukup tragis ketika seluruh umat Islam menyambut ketibaan Awal Muharam, Tahun Baru Hijrah 1430. Israel memberikan hadiah darah kepada umat Islam dengan bahan makanan serta ubat-ubatan yang disekat daripada dibawa masuk ke sana.

Masyarakat dunia keseluruhannya sama ada Islam atau tidak menyatakan kemarahan dan melakukan demonstrasi bantahan. Dunia Islam lain hanya memerhatikan apa yang sedang berlaku tanpa mampu bersuara secara tegas.

Kekuatan ekonomi selaku milikan terbanyak minyak di Asia Barat serta antara masyarakat teramai di dunia, semuanya tunduk kepada Yahudi yang hanya sedikit jumlahnya.

Terbukti bahawa melimpahnya kekayaan yang berada di jazirah Arab dan menjulangnya gedung di Dubai, Riyadh, Kuwait dan lain-lain, sama sekali tidak bernilai dan hanya menjadi keuntungan orang berkepentingan.

Marilah bersama-sama kita rakyat Malaysia, membantu atas dasar semangat persaudaraan kemanusiaan sejagat dan saudara seagama daripada segenap daya usaha yang mampu.

Sama-sama kita panjatkan dalam munajat kita agar saudara kita yang sedang berjihad ini diberikan kekuatan dan kemenangan dalam menghancurkan Zionis dan Israel yang menanti masa untuk dikuburkan.

Kita pulaukan barang yang mempunyai kaitan ekonomi dengan Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya kerana kita mempunyai kuasa membeli. Membeli barang mereka bererti menyumbang kepada peratus kematian saudara kita di sana. Perhatikan dan lakukan kajian barang sebelum membelinya.

Mahasiswa, ayuh bangkit tunjukkan kematangan dalam berurusan, laksanakan tanggungjawab selari dengan kreativiti dan daya keintelektualan yang diharapkan. Tinggalkan perkara sia-sia, laksanakan tuntutan agama dan aspirasi umat. Sedarlah dunia sedang menanti kita, kebangkitan generasi muda.

AL AMIN MOHAMED SULTAN,
Pengerusi K-Melaka Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
Berita Harian
4 Muharram 1430 1 Januari 2009


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: