Menjadi Detektif Penyelamat

17 02 2009

-)

Bismillahir Rahmanir Raheem

“Betul ke dia tu yang buntingkan si Pe’ah tu? Macam tak percaya je aku!” tanya Bulat Benar pada Pengap Mulut Celupar.

“Kenapa ya dia buat begitu? Tak sangka betul aku!” terus sahaja Bulat Benar mengiyakan tanpa menunggu jawaban dari Pengap Mulut Celupar.

Maka esoknya tersebarlah isi perbualan tersebut dalam kampung kediaman mereka berdua. Habis satu kampung bercerita di warung-warung, kaki lima masjid dan surau serta di pasar borong. Kesemua berborak bagai semuanya telah sahih tanpa ada pengakuan dan siasatan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan. ( Surah Al Hujurat 49 ayat 6 ).

Setelah beberapa ketika berita itu tersebar, sampailah juga ke cuping telinga si Pe’ah yang dibicarakan tanpa peguam bela tadi.

“Eh, pandai je la akak ni, mana dengar cerita ni, apa akak tahu perkara sebenarnya?!” Pe’ah menafikan soalan kepada jiran sebelah rumahnya.

“Erm, tak tahu…tapi si Pengap tu…”

“Ya Allah, apa dah berlaku ni? Ini fitnah.” laung Pe’ah.

Dipendekkan cerita bualan mereka berdua.

“Saya sebenarnya telah bernikah semenjak tahun lepas sebelum pulang dari belajar di luar negara. Berita nikah saya, hanya keluarga terdekat yang tahu. Ayah saya mahukan saya berteman dan ada pelindung sewaktu di luar negara.” jelas Pe’ah.

“Kini suami saya tiada lagi, dia meninggal beberapa bulan sebelum sempat pulang bersama saya ke pangkuan keluarga!” sambung Pe’ah dalam sebak antara sedih kerana ketiadaan suaminya dan kecewa atas cakap-cakap orang kampung.

Tamat cerita.

Nah! Ayat Tuhan dari surah di atas bukan diturunkan semalam tapi sudah berabad mengajar masyarakat berakal seperti kita agar lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu berita yang belum terang kesahihannya. Manusia ini memang suka berkata-kata. Dia suka berhubung dengan kata-katanya. Sedang haiwan ada yang mampu berkata-kata tapi tidak mampu memahami perkataan yang diucapnya.

Berhati-hati bukan sahaja tatkala berlaku darurat, dalam keadaan senang berbicara juga mesti berwaspada. Sedang butiran setiap bicara itu akan dihisab Tuhan di hari akhir kelak.

Allah berpesan juga dalam surah Al ‘Asr yang dapat kita fahami bahawa manusia yang tidak rugi itu adalah yang menyampaikan kebenaran dengan kesabaran. Ya dengan sabar! Kebenaran itu mesti dengan sabar tatkala kita beria nak menghebahkannya. Jangan gopoh-gapah.

Kedua ayat dalam dua surah di atas ada hubungkaitnya, tinggal kita memahami dengan konteks sebenar dalam erti kata perbuatan dan tingkah laku kita seharian.

Biarlah masyarakat kita hidup dalam kebenaran daripada hidup dengan memburukkan jiran sebelah dengan cakap-cakap yang kita sendiri belum tahu maksud sebenarnya.

Moga tidak menjadi sesat seperti binatang ternak dan lebihnya.

Moga menjadi detektif penyelamat ummah.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: