Terbaru dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa

13 07 2008

Alhamdulillah, buku ke-9 Siri Bebaskan Al-Aqsa sudah berjaya disiapkan dan kini berada di pasaran. Buku “Rejim Zionis Selepas 60 Tahun – Penjara Jadi Pusara” yang memuat kompilasi penulisan Ir Megat Shariffudin, TYDP JIM Perak diterbitkan sebagai salah satu usaha PACE dan JIM untuk memperingati 60 tahun tragedi NAKBAH.

Tahniah kepada akhi Megat di atas penerbitan buku kompilasi penulisan beliau ini. Kerja-kerja asas penerbitan dilakukan oleh tenaga muda iaitu suntingan oleh akhi Azree Hanifah (penyunting muda berbakat) dan DTP serta output filem oleh Abdullah Mujahid (Pengerusi Karisma International) .

Kata pengantar buku ini ditulis oleh PM Dr Hafidzi (Pengarah PACE), antara kandungannya ialah:

Meskipun NAKBAH merupakan satu peristiwa tragis, namun tidak ramai di kalangan masyarakat antarabangsa hatta umat Islam sekalipun yang peka dengan peristiwa tersebut. Berbeza dengan tragedi ‘holocaust’ yang menimpa bangsa Yahudi di Eropah semasa perang dunia ke II (1939 – 1945) yang sering diperkatakan, bahkan di ulang-ulang oleh rejim Zionis dan sekutu-sekutunya untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa demi menutup jenayah mereka terhadap rakyat Palestin, tidak ramai yang tahu apa itu peristiwa NAKBAH.

Peristiwa NAKBAH bermakna malapetaka yang berlaku kepada rakyat Palestin natijah dari konspirasi berterusan gerakan zionis yang bersekongkol dengan kuasa-kuasa barat yang ditunjangi oleh Great Britain dan seterusnya Amerika Syarikat. Natijah dari persekongkolan ini lahirlah entiti haram Israel pada 15 Mei 1948. Bendera ‘Star of David’ Israel yang dikibarkan pada tarikh tersebut di Palestin melatari penderitaan 800,000 rakyat Palestin yang diusir dari tanah air mereka setelah pengganas-pengganas Yahudi yang dibiayai oleh barat melakukan pembunuhan kejam beramai-ramai melalui aksi-aksi terorisme ke atas penduduk Palestin.”

Teuskan memberi sokongan kepada penerbitan JIM.

Akan berada di pasaran mulai bulan Jun 2008.
Segala urusan & tempahan boleh dibuat melalui Saudara Mujahid: 012-207 6797.

Buku-buku lain dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa boleh dilihat di sini.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: