Futsal Ukhwah 6 Julai 2008

10 07 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah syukur hari Ahad yang lepas pada 6hb Julai 2008 pihak JIM IPT dan KARISMA telah berjaya menganjurkan aktiviti bersama mahasiswa baru UTeM khusus dari Alumni KBM-KRJ Melaka.

Aktiviti tersebut adalah futsal yang santai dan mudah dihadiri seramai 19 orang.

Permainan bermula 5.30 hingga 6.30 petang di Kompleks Belia & Sukan. Kebanyakan yang hadir begitu lelah disebabkan warming up exercises tidak dilakukan. Ini melucukan sebabnya selepas dari satu set perlawanan, ada kawan-kawan kita yang bermain lelah dan mengah-mengah.

Permainan bergilir dalam kelompok 5 sebelah ini bertukar ganti setelah 2 jaringan gol dibuat ke atas pasukan lawan. Kadangnya, kumpulan yang menjaringkan 2 gol tersebut akan terus kekal dalam gelanggang dan melawan kumpulan lainnya. Dan kadangnya juga, kumpulan yang kalah tidak menjaring apa-apa gol pula yang kekal.

Bertanya salah seorang,”Macamana mahu main futsal ni?”,

“Main sahaja, tendang bola, jangan tendang kaki orang, haha.” jawab dalam nada bergurau.

Situasi semasa main, “Eh, garisan belakang sebelah pintu gol ni tak out ke?”.

Situasi kemuncak sewaktu semangat dalam dribling, sahabat diluar gelanggang bersahut-sahut, “Ha, sepak, shoot terus gol.” begitulah antara dialog dan semangat dari sahabat-sahabat yang hadir.

Ini semua adalah untuk menjalinkan hubungan dan meningkatkan stamina. Sihat Badan Ukhwah Mapan.

Aktiviti perjumpaan dan sukan ini juga disulami dengan sesi taaruf ringan untuk membina tautan hati apabila pulang semula ke kampus pengajian nanti.

Sesungguhnya, aktiviti ringan seperti inilah yang perlu selalu diadakan untuk meraih dan menautkan hati pelajar agar lebih berminat dalam bersahabat dalam kebaikan dan berterusan dalam amal seharian.

Gambar semasa beraksi hebat, tiada.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: