Hentikan Nakbah Palestin – Jangan Menghancurkan Kita

15 05 2008

Assalamu’alaikum wa Rahmatullah -)

Hentikan Nakbah? Pasti ada yang bertanya apa maksud Nakbah ini? Ia bermaksud malapetaka atau bencana besar. Ya Palestin telah dijajah selama 60 tahun mengikut kiraan rasmi sejak penubuhannya 15 Mei 1948 dengan pengiktirafan dari negara Amerika Syarikat yang ketika itu presidennya adalah Harry S Truman sebagai sah Israel menjadi sebuah negara berdaulat di negara Palestin yang diduduki secara haram selepas pembunuhan dan pembersihan etnik Palestin, etnik asal tanah diamnya mereka, Israel kini.

Makin jelik untuk mengingat tarikh buruk ini, sebabnya ia menggambarkan masih tiada usaha daripada diri secara individu kepada pembebasan Palestin.

Tiga bulan pertama 2008 hingga Mac, seramai 300 orang Palestin dibunuh Zionis. Sehingga kini juga, Zionis juga telah berjaya merampas dan menguasai hampir 90% dari keseluruhan bumi penduduk asal rakyat Palestin secara paksa kejam melalui cara meruntuhkan rumah-rumah, membakar kebun dan memperluaskan kawasan pendatang haram Israel di atas tanah sah rakyat Palestin.

Tidak cukup dengan itu sudah 12 ribu rakyat Palestin telah disumbat ke dalam penjara Israel yang rata-ratanya adalah orang tua, kanak-kanak malahan ada juga wanita hamil lagi sakit.

Ada pelbagai saranan secara individu dan berkumpulan tanpa kepentingan yang telah dicanangkan di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia, khususnya dunia manusia yang punya jiwa dan rasa.

Sambutan peringatan dan Konferensi tidak cukup buat kita, sebaliknya sidang pembaca dan kaum keluarga seluruh rantau Malaysia dan dunia seharusnya bersungguh dalam memahami dan menghayati semula hakikat kehidupan seorang Muslim dalam membina kesatuan Ummah tanpa terbatas pada negara, bahasa, etnik dan budaya yang berbeda. Malahan itulah keunikan Islam sebab berbezanya mereka, tetap bersatu atas aqidah yang satu.

Al Aqsa atau palestin itu adalah amanah buat kita yang bergelar Muslim yang diwasiatkan Ar Rasul Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam sejak episod Israk dan Mi’raj.

Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al Hijr: 92).

Janganlah berasa jemu dengan kerja penerangan dan menyedarkan fikiran kawan-kawan kita yang masih lena. Malah tambahkan usaha kita itu hingga kita tak bergerak lagi.

Kita perlu mengingatkan semua orang Islam agar berdoa. Ambillah satu malam dari seminggu. Duduklah dan berdoa kepada Allah. Samada kanak-kanak atau orang tua. Samada orang-orang yang sihat atau orang-orang yang sakit, orang tua dan uzur. Berkumpullah selepas berbuka puasa. Selepas itu mereka solat dan berdoa moga Allah mengeluarkan umat dari bencana ini dan moga musuh Allah yang menyangka bahawa mereka raja dunia dan segala isinya serta lupa kekuatan Allah akan menerima balasannya. (petikan wasiat Dr. Sayyid Nuh berkenaan isu Palestin sebelum beliau kembali ke rahmatullah).

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum Aad yang pertama (kaum Nabi Hud).” (An Najm: 50).

Ayat ini menunjukkan adanya kaum Aad kedua, ketiga dan keempat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).” (Fushilat: 15)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: