Pembela Al Quds : Umar Al Khattab

5 02 2008

Nama sebenarnya Umar bin Al Khattab bin Naufal b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth Razaah b ‘Adi b Kaab. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama Al Faruq yang bererti orang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab r.a. banyak Negara telah berada dibawah pemerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapat kota Baitul Maqdis.

Umar Al Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.Setelah Al Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar Al Khattab r.a. sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar Al Khattab r.a. yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar Al Khattab r.a.

Khalifah Umar Al Khattab memahami hasrat rakyat Al Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al Quds.Apabila hampir tiba di ibu kota Al Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.

Khalifah Umar Al Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar Al Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar Al Khattab r.a. “inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah unta ini”.

Setelah memasuki kota Al Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab r.a., alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikjan kejadian yang mengusik qalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Umar Al Khattab r.a. Berapa ramai pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?

Note: sumber : http://pakngah70.blogspot.com/

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

  1. Pertama digelar Amirul Mukminin
  2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
  3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
  4. Pertama mengharamkan nikah mut’ah
  5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
  6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
  7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
  8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
  9. Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Umar Dan Al-Quran
Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :

  1. Kisah tawanan Badar – ayat 28 Surah Al-Anfal
  2. Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat – Ayat 125 Surah Al-Baqarah
  3. Ayat Hijab – Ayat 53 Surah Al-Ahzab
  4. Ayat tentang asal-usul kejadian manusia – Ayat 12 Surah Al-Mukminun
  5. Ayat tentang arak – Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’
  6. Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq – Ayat 84 Surah At-Taubah
  7. Kisah orang Munafiq – Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
  8. Ayat 5 Surah Al-Anfal
  9. Ayat 16 Surah An-Nur
  10. Ayat tentang penghalalan jima’ di malam bulan Ramadhan – Ayat 187 Surah Al-Baqarah
  11. Ayat 97 Surah Al-Baqarah
  12. Ayat 65 Surah An-Nisa’
  13. Ayat 13 Surah Al-Waqiah

Baca juga :


Tindakan

Information

3 responses

9 02 2008
ayip

terima kasih

Sama-sama Ayip🙂

1 08 2008
fairus

saya suka lampiran ini.terima kasih

9 08 2008
Erwannor

Alhamdulillah, teruskan perkara sebegini ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: