Gaya Artis Jadi Ikutan Generasi Muda

25 01 2008

Bismillahir Rahmanir Raheem

Bahagian Surat 25hb Januari 2008

INDUSTRI hiburan tanah air dikejutkan dengan kejadian yang membuka mata banyak pihak ekoran artis Faizal Tahir, menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur cat merah ketika siaran langsung konsert yang disiarkan di 8TV, 13 Januari lalu. Kejadian itu mendapat perhatian serius Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tindakan di luar dugaan Faizal itu mengundang tindakan keras daripada pelbagai pihak.

SKMM mengeluarkan kenyataan rasmi yang melarang 8TV membuat siaran langsung atau tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan, bermula 15 Januari lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan SKMM itu turut menyebut sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan Faizal tidak dibenarkan dalam tempoh ditetapkan.

Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius perkara itu daripada terus berulang dengan memperkenalkan satu garis panduan etika pemakaian dan etika persembahan artis di negara ini.

Bila timbul isu hangat, baru kita sibuk bincangkan tetapi selama ini kita terlepas pandang, mungkin bagaimana pula dengan gaya pemakaian sebahagian artis wanita kita yang hampir mengalahkan artis Barat.

aDengan kejadian terbaru itu, tidak salah jika kita jadikan ia titik permulaan kepada kementerian dan pihak bertanggungjawab untuk mengambil berat mengenai isu itu.

Tambahan pula, jika kita sandarkan kepada keadaan di negara ini, majoriti remaja dan belia menjadikan artis sebagai idola mereka.

Jika tidak ada satu mekanisme penyeragaman etika pemakaian yang bersopan, mereka akan turut mengikuti contoh yang tidak baik ini dalam kehidupan mereka.

Kita boleh mengambil contoh ramai artis dan personaliti tempatan yang memang boleh dijadikan contoh dari segi etika pemakaian, seperti Mawi, Wardina, Waheeda dan Bienda yang jelas dikagumi dan menjadikan mereka lebih laris dalam dunia seni hiburan.

Kita perlu berfikiran terbuka dan tidak menafikan lagi bahawa gejala sosial yang semakin kritikal di negara kita ini kebanyakannya bermula daripada gaya pemakaian tidak bersopan.

Ekoran itu, kita perlu bertanggungjawab untuk memastikan kita dapat mengawal diri di samping menjaga nama baik negara dengan kehadiran pelancong dan pelabur dari luar negara yang memang mempunyai tanggapan yang positif terhadap negara kita.
Selain itu, saranan kepada kerajaan, badan bukan kerajaan juga sepatutnya turun padang untuk bersama-sama masyarakat berkempen contohnya, ‘Kempen Menutup Aurat dan Berpakaian Sopan’, ‘Kempen Mahasiswa Bijak, Menjaga Aurat’ dengan pembawaan kita selaku masyarakat Timur yang mengenal erti malu, sopan-santun dan lemah lembut.

EL AMERN MDS,
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma),
Melaka.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: