NGO di Melaka turut Gerakkan Misi Mencari

21 01 2008
Bismillahir Rahmanir Raheem
MELAKA 20 Jan. – Pelbagai pihak terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini giat menggerakkan misi mencari kanak-kanak Sharlinie Mohd. Nashar, 5, mangsa penculikan yang hilang di Petaling Jaya, lebih seminggu yang lalu.

Antaranya Gerakan Belia 4B Jasin yang mengedar lebih 2,000 poster kehilangan Sharlinie di sekitar pusat perniagaan dan penempatan penduduk di sekitar Pekan Jasin, hari ini.

Usaha itu yang digerakkan oleh Pengerusinya, Hasan Abd. Rahman dan dibantu lebih 500 ahli yang turut mengedarkan poster yang sama di sekitar kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM, Sempang Kerayong dan penduduk di sekitar kawasan terbabit.

Turut menyertai program selama empat jam yang bermula pukul 3 petang itu ialah Naib Pengerusi Belia 4B negeri, Datuk Idris Haron.

Idris yang ditemui berkata, usaha tersebut menunjukkan keprihatinan masyarakat dari setiap lapisan usia yang turut berkongsi kesedihan keluarga Sharlinie.

Menurut beliau, walaupun usaha itu belum tentu membuahkan hasil, namun masyarakat tidak seharusnya berpeluk tubuh dan menyerahkan usaha mengesan kanak-kanak malang itu kepada pihak polis semata-mata.

‘‘Kita harap usaha ini dapat menggerakkan lebih banyak NGO dan masyarakat berbilang kaum untuk mengesan Sharlinie, biarpun program yang dijalankan ini tidak seberapa, namun ia diharap dapat membantu mengesan kehilangan kanak-kanak ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Belia 4B Tangga Batu berkata, program yang sama akan diperluaskan tidak lama lagi dan disambung oleh belia di kawasan Tangga Batu pada masa terdekat ini.

Selain itu, Hasan berkata, usaha yang sama akan diselaraskan secara bersepadu melalui penyertaan lebih 150,000 ahli persatuan itu tidak lama lagi.

‘‘Kita yakin sekiranya usaha ini dijayakan secara berterusan dan melalui penyertaan lebih ramai ahli belia, ia sedikit sebanyak mampu menyedarkan orang ramai untuk sama-sama mengesan kehilangan Sharlinie.

Sementara itu, lebih 20 anggota keluarga Jamaah Islah Malaysia (JIM) Melaka turut melancarkan kempen menjejaki Sharlinie menerusi pengedaran risalah dan poster di Melaka Sentral di sini.

Lebih 2,000 poster dan risalah kanak-kanak malang itu disedarkan kepada pengunjung dan pengguna jalan raya yang berada di sekitar Melaka Sentral.

Anggota JIM negeri yang berusia 10 hingga 45 tahun turut menampal poster Sharlinie di perkarangan Melaka Sentral dan turut dibantu sebahagian pengunjung di situ.

Selain itu, lebih 10 kenderaan Konvoi Publisiti Ulang Tahun Pertama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ke Johor dan Negeri Sembilan turut mengedar lebih 3,000 poster di destinasi yang disinggahi konvoi tersebut.

Antara laluan konvoi ialah di Gemenchih (Negeri Sembilan), Labis dan Muar (Johor) serta Estet Tanjung Emas dan Tampin di Melaka.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: