Bicara Perwira

5 01 2008

Assalamualaikum wa rahmatullah -)

Berikut adalah petikan kata-kata pejuang Palestin:

Asy Syahid Syeikh Ahmad Yasin
Kata-katanya berkenaan perjuangan Palestin:

Rakyat Palestin hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka.

Menyerah diri dimaksudkan bahawa rakyat Palestin perlu pasrah bahawa Palestin bukan lagi milik mereka dan dibiarkan berlaku pencerobohan oleh pihak zalim.

Perjuangan dimaksudkan dengan segala kekuatan yang ada sehingga keadilan tertegak walau biar mati sekalipun dipertahankan hak tanpa diragukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan sendiri.

Apabila ditanyakan berkenaan desakan Barat (Pembaratan) supaya HAMAS menghentikan perjuangan bersenjata:

Pemahaman Barat pada isu ini dangkal dan silap. Mereka meminta kami (rakyat Palestin) meninggalkan perjuangan kemerdekaan kami dan langsung tidak meminta daripada para penjajah (rejim Zionis) meninggalkan tanah air kami dan memulangkannya semula kepada yang lebih berhak.

Apakah masa depan Israel?

Apa yang saya lihat, entiti haram Israel ditegakkan atas asas kekejaman dan rampasan tanah milik orang lain. Apa sahaja entiti yang diasaskan atas dasar demikian tidak akan kekal lama dan akan hancur kerana perpecahan di kalangan mereka sendiri.

Apabila ditanya berkaitan ancaman rejim Zionis supaya membunuhnya selepas percubaan pertama (6 September 2003 dengan Apache) membunuhnya gagal:

Jika saya terkorban, akan muncul seribu orang lain seperti diri saya.

Pada subuh 22 Mac 2004, mereka (rejim Zionis) sekali lagi menyerangnya semasa beliau dalam perjalanan pulang dari masjid selepas selesai solat subuh secara berjamaah. Tiga buah roket dilancarkan ke atas Syeikh Ahmad Yasin yang lumpuh itu dan mengorbankan Ahmad Yasin serta empat orang yang lain termasuk anaknya, Abdul Ghani.

Apabila ditanyakan masa depan perjuangan Palestin, beliau berkata:

Saya yakin penderitaan kita semakin parah serta memerlukan pengorbanan dan kesabaran, namun Insya Allah masa depan bersama kita.

Dr. Abdul Aziz Ar Rantissi
Ucapannya kepada anggota HAMAS di Gaza sebelum beliau gugur syahid:

Saya menyeru anda semua supaya tenang, seandainya Rantissi, Az Zahhar, Haneyyah, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti). Oleh itu silalah Sharon dan konco-konconya meneruskan apa yang mereka inginkan di sini, kami akan sentiasa meneruskan perjuangan ini. Jalan yang kami lalui ini memang payah, namun inilah satu-satunya jalan yang akan menghantar kita semua kepada cita-cita kami (iaitu syurga). Atas dasar inilah kita tidak sekali-kali berasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan menghinakan diri kami (dengan menyerah kalah kepada Israel).

Antara lain katanya:

Kita akan mati juga satu hari nanti, tiada apa yang akan berubah. Sama ada kematian itu dengan Apache ataupun dengan sakit jantung (yang pasti saya akan mati) dan saya memilih mati dibom oleh Apache (Israel).

Pada hari Sabtu 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakan, beliau kembali ke rahmatullah sebagai syahid menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yasin apabila kereta yang beliau naiki dibedil dengan roket dari helikopter Apache Zionis di jalan al Jallaa di wilayah Gaza.

Bua Bea Unumbu

Baca juga -) :


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: