Sidang Puncak Damai di antara Palestin dan Israel tajaan US – Apa yang boleh dijangka?

4 01 2008

alhaq.jpg

Oleh Dr Hafidzi Mohd Noor*

Dunia hari ini sedang menanti-nanti sidang kemuncak damai di antara Palestin dan Israel yang di war-warkan akan berlangsung di Minnesota, Amerika pada bulan November atau Disember. Ia adalah puncak kejayaan Mahmoud Abbas selepas beliau menyingkirkan, tanpa melalui saluran perlembagaan, kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat. Gambaran yang diberikan ialah siding kemuncak yang ditaja oleh Amerika itu akhirnya akan menyelesaikan konflik Palestin secara muktamad dan menyediakan landasan kepada kelahiran Negara Palestin. Sidang puncak ini seolah-olah menjanjikan era baru yang ditunggu-tunggu oleh kalangan yang mengusahakan perdamaian di Palestin.

Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk melihat kembali siri-siri rundingan damai yang diadakan lebih dari satu setengah dekad yang lalu, yang akhirnya melahirkan Perjanjian Oslo pada tahun 1993. Seperti kalimah ajaib, Perjanjian Oslo membawa keamanan di Palestin, atau itulah yang didakwa oleh para arkiteknya, Yitzhak Rabin dan Pengerusi Yasser Arafat. Sepertimana pelbagai usaha sebelumnya untuk mempertemukan dua pihak yang bertelagah tersebut kepada satu bentuk persetujuan, ia juga ditaja oleh Amerika, Cuma kali itu ia berjaya, di mana kejayaannya tidak langsung memeranjatkan. Ini adalah kerana bukan perdamaian yang dicapai tetapi sebaliknya pengakhiran kepada segala tuntutan yang diperjuangkan oleh rakyat Palestin. Israel memperoleh apa yang tidak mungkin dari Perjanjian Oslo iaitu pengiktirafan dan hak untuk wujud di atas wilayah yang dirampas dari pemilik sebenarnya.

Apa yang diperolehi di pihak Palestin? Tiada apa kecuali janji-janji yang tidak ditepati. Komitmen ke arah kelahiran negara Palestin terus menjadi igauan, kerana sepatutnya ia telah menjadi kenyataan hampir sepuluh tahun dahulu, sebagaimana yang digariskan oleh Perjanjian Oslo. Sepanjang masa tersebut, pelanggaran ke atas hak asasi rakyat Palestin, pembunuhan membuta-tuli ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa, perlucutan hak kerakyatan, perobohan tempat kediaman dan rampasan tanah terus berlangsung tanpa henti. Negara Palestin yang diimpikan akhirnya terdiri dari sekeping tanah yang terpisah-pisah dan diawasi oleh tentera zionis dan samseng-samseng yahudi yang mengendalikan ratusan sekatan jalan dan pos kawalan tentera dengan mengacukan senjata mereka kepada rakyat Palestin yang mereka anggap sebagai bukan manusia atau lebih rendah dari manusia, tanpa rasa hormat apatah lagi maruah. Di jalur Gaza pula, pengunduran regim Zionis hanya membawa satu maksud, penukaran Gaza kepada penjara terbesar di dunia di mana 1.4 juta penduduk secara borong ditekan dengan sekatan ekonomi menyeluruh yang tidak pernah diketahui dunia sebelum ini.

Kini Mahmoud Abbas telah merelakan dirinya untuk kehinaan sekian kali ini. Cuma kali ini ianya lebih teruk. Sekurang-kurangnya Perjanjian Oslo langsung tidak menyentuh mengenai hak rakyat Palestin untuk kembali. Kali ini, perunding-perunding di pihak Palestin telah menyatakan persetujuan untuk berlembut dalam soal tuntutan ke atas kepulangan pelarian. Mereka merasa gembira jika sebahagian pelarian dibenarkan pulang, dan sebagaimana tawaran-tawaran yang lepas, siapa yang berhak untuk pulang dan pulang ke mana adalah atas syarat-syarat yang ditentukan Israel.

Mereka juga bersedia untuk berkompromi ke atas status Baitul Maqdis, mengharapkan ianya diistiharkan sebagai ibu Negara yang dikongsi bersama di antara Palestin dan Israel . Pengistiharan tersebut kalaupun menjadi kenyataan tidak bermakna, kerana Israel telahpun mengistiharkan Baitul Maqdis (atau Jerusalem mereka) sebagai ibu Negara abadi dan disatukan bagi Israel . Realiti sebenarnya, ia tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat Palestin, kerana proses pengyahudian kawasan sekitar Baitul Maqdis hamper sempurna di mana sebahagian besar penduduk Palestin di usir keluar dan status mereka sebagai penduduk Baitul Maqdis dibatalkan. Dan apakah kita telah melupakan struktur konkret, ‘tembok apartheid’ yang mengepung Baitul Maqdis Timur dari Tebing Barat, menghalang penduduk Palestin dari menziarahi Baitul Maqdis dan masjid al Aqsa.

Di sebalik semua ini, pemimpin-pemimpin Negara Islam, termsuk Pengerusi OIC mengalu-alukan sidang puncak ini sebagai satu harapan yang menggunung ke arah perdamaian. Ia mendorong kita untuk berfikir, apakah mereka membaca..

*Penulis adalah Pengarah, Pusat Kecemerlangan Palestin atau PACE yang beribupejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: