Pelajar, Remaja Masih Perlu Bimbingan!

3 12 2007

Bismillahir Rahmanir Raheem

Sabtu, 14 Julai 2007

MAHASISWA adalah aset penting dalam sesebuah negara dan oleh itu mereka perlu menyiapkan diri dengan segala ilmu dan pengalaman agar perjuangan yang dimulakan oleh pejuang bangsa tidak terkubur begitu saja.

Mahasiswa tidak harus dijadikan boneka oleh mana-mana pihak tanpa memikirkan kesan negatif yang boleh mengancam mereka.

Saya mengambil contoh apa yang terjadi di Islamabad, bagaimana kumpulan pelajar dan guru agama yang mahu membentuk pentadbiran ala-Taliban tetapi menggunakan kaedah yang salah dengan menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai manusia, memberi tentangan hebat termasuk menggunakan roket, bom tangan dan senjata automatik.

Seramai 200 hingga 500 pelajar yang terperangkap di dalamnya pula dikatakan dipaksa menyertai tentangan berkenaan.
Mereka yang terbabit bukan calang orang ataupun golongan tidak berpengetahuan tetapi mereka yang digelar ulama dan pelajar yang bijak pandai dalam membezakan yang benar dan yang batil.

Secara terang-terangan Islam melarang kanak-kanak dan wanita dianiayai apatah lagi diheret ke medan perang yang penuh dengan kezaliman dan keganasan. Tambahan pula, yang melakukan ini adalah golongan yang tahu selok-belok agama.

Kita tidak mahu lagi mahasiswa dan belia terus dipersalahkan kerana masalah akhlak yang terus tiada penyelesaiannya, integriti yang terus dipersoalkan dari sehari ke sehari serta gejala sosial yang tidak putus-putus akibat sikap mementingkan diri sendiri dan kealpaan masyarakat menegur.

Sudah tiba masanya segalanya untuk dijawab, betapa kami selaku mahasiswa sudah lama bersedia untuk mendokong aspirasi negara pantas mengejar pencapaian Wawasan 2020 dan pelaksanaan Islam Hadhari tetapi hanya kerana segelintir yang masih bermasalah yang tidak ingin bersama dalam perjuangan, lalu pelajar lain juga disamakan dengan peribahasa “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”

Justeru itu, semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan, orang perseorangan mahupun secara berkumpulan perlu bersama-sama berganding bahu dalam memberikan input serta teguran dan kesedaran kepada remaja agar tidak terus leka dibuai mimpi.

Perlu diperkenalkan konsep “Remaja, Tanggungjawab Semua” agar masyarakat secara keseluruhan bertanggungjawab ke atas remaja dan belia juga yang berstatus mahasiswa dalam membentuk mereka ke arah yang berperibadi mulia.

Yang paling penting mahasiswa itu sendiri perlu mempunyai inisiatif untuk berubah, untuk turut bersama dengan kepemimpinan negara meneruskan perjuangan dan apa yang perlu dilakukan ialah menuntut ilmu dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.

IBNU SULTAN,
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Melaka.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: