Mahasiswa Sokong Saranan Kerajaan Terengganu

3 12 2007

Bismillahir Rahmanir Raheem

Pembaharuan demi pembaharuan dicanangkan oleh kepimpinan negeri dan negara KITA dalam mempertingkatkan kualiti serta mutu hidup masyarakat Malaysia secara keseluruhannya seiring dengan wawasan ingin dicapai oleh negara kita dalam mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 yang hanya berbaki kira-kira kurang 13 tahun sahaja lagi.

Dan pembaharuan yang terbaru oleh kerajaan negeri Terengganu yang memperkenalkan pendekatan untuk tidak membenarkan mana-mana kakitangan kerajaan untuk keluar pejabat untuk minum pada waktu pagi dan petang ketika dalam waktu bekerja adalah sesuatu yang wajar dan disokong sepenuhnya.

Pendekatan ini sepatutnya sudah lama dipraktikkan di negara kita dan seharusnya dituruti oleh negeri-negeri yang lain kerana ia merupakan suatu langkah positif dalam meningkatkan mutu dan kualiti kerja kakitangan kerajaan yang sentiasa menjadi topik perbualan masyarakat.

Malah kebenaran untuk minum pagi atau petang dalam tempoh 15 minit yang diberikan dengan syarat ia perlulah di dalam pejabat adalah satu alternatif yang memberikan kemudahan dan memberikan ruang untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja kepada kakitangan kerajaan.

Jika dengan keluar dari pejabat untuk minum pagi dan petang ini menyebabkan tahap produktiviti dan keefisienan kerja kakitangan kerajaan rendah maka ianya sememangnya ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Selain daripada dapat mempercepatkan sesuatu urusan rasmi dan penting yang sebelum ini sentiasa tertunda adalah diharapkan agar segalanya akan berubah ke arah mutu kerja yang lebih efektif dan berkesan.

Semoga langkah yang dimulakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk melahirkan kakitangan kerajaan yang fleksibel, berdaya saing serta mempunyai mutu kerja yang berkualiti tinggi ini akan diberikan sokongan, cadangan serta kritikan yang membina oleh semua pihak sama ada kepimpinan negara, majikan, kakitangan kerajaan, masyarakat mahupun mahasiswa dalam merealisasikan impian kearah negara maju kelak.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: