Aurat & Silang Jantina

5 11 2007

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Apa maksud aurat ?

  • Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah
  • Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila terdedah
  • Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan orang lain.

Hukum menutup aurat adalah wajib tiada khilaf.

Dalil menutup aurat ialah:

 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur: ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al Ahzab: ayat 59)

Entri ini adalah refleksi terhadap pemahaman segelintir orang terhadap kewajiban menjaga aurat & maruah baik kepada lelaki mahupun wanita.

Pengalaman kita mungkin pernah bertemu dengan beberapa manusia mendedahkan bahawa banyaknya kefahaman Islam yang kurang jelas di mata mereka. Contohnya, pernah ditanyakan “Kenapa ramai yang tidak bertudung (wanita) dan baju singkat?”. Persoalan itu diajukan dan kita tak nafikan ada juga kalangan wanita yang juga bertanya, “Apa nak buat dengan kawan-kawan saya yang bawa laki ke dalam rumah sewa?”. Kepada soalan ini pesanya, laporkan pada tuan rumah untuk tindakan.

Hal ini bukanlah mengenai tudung. Ada wanita mengenakan tudung tapi bentuk buah dadanya masih kelihatan bahkan ada yang menampakkan seluar dalam dalamnya apabila duduk di khalayak ramai. Kaum lelaki yang mengambil kesempatan ‘mencuci mata’ pula berkata ini peluang dan hak individu kegunaan mata dan niatnya. Maka pemahaman menutup aurat itu bukan hanya merangkumi pemakaian tudung malah ia lebih dari itu dan bersangkutan iman seseorang.

Pelbagai tohmahan terhadap warga Muslim masakini akibat salah faham dalam mengamalkan budaya menjaga aurat dan mengawal hubungan antara silang jantina. Islam itu tidak salah tapi yang hina dan buruk itu orang yang mengaku Islam tapi berperangai seperti bukan Islam, lantas penganut agama lain menilai mereka tadi pelaku Islam yang jahat dan menghukum Islam buruk dan tak bagus.

Banyak persoalan yang berlegar sebenarnya. Dan entri ini bukan untuk menjawab segala persoalan dan permasalahan tersebut. Namun entri kali ini adalah lebih kepada mengajak sekalian pembaca untuk memahami dengan kefahaman yang jelas bahawa Islam itu jelas dengan prinsipnya tanpa kekeliruan dari andaian manusia.

Bila berbicara tentang aurat, skop perbincangannya bukanlah hanya mengenai wanita bahkan ia merangkumi kaum lelaki. Lelaki dan wanita adalah hamba Allah yang istimewa. Ada aturan yang ditentukan Allah untuk dipatuhi manusia agar kedua manusia tadi tidak masuk neraka.

Persilangan jantina adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang memerlukan pasangan. Dituruti dengan itu pelbagai jenis hubungan antara lelaki dan wanita itu perlu dihalusi dan dijaga dengan batasan tertentu. Antara batasan itu adalah menjaga aurat masing-masing.

Aurat itu perlu dijaga antara lelaki dan wanita malah aurat itu juga sebenarnya perlu juga dijaga sewaktu bergaul dengan kaum sejantina. Iaitu adanya batasan aurat antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Hatta dengan budak kecil juga diterangkan dalam Islam. Pengajaran dalam Islam mementingkan aspek ‘Saqayah khairun min al ‘ilaj‘ iaitu pencegahan lebih baik daripada merawat. Ia juga berkait rapat dengan aspek psikologi fikiran manusia yang terkadang tidak terkawal oleh manusia itu sendiri. Bila-bila sahaja psikologi emosi manusia akan memusnahkan manusia tanpa dipimpin oleh wahyu Allah.

Mutakhir, menghidangkan kita pelbagai anggapan remaja bahawa selagi tidak melakukan salahlaku seks terhadap rakannya (lawan jantina), masih dianggap ‘boleh’ berhubungan asal sahaja hubungan itu atas dasar ‘jujur’.

Entri ini mengajak para pembaca agar sama memahami dengan sebenarnya isu ini. Semak kembali kefahaman kita dan amalan kita berkaitan topik ini. Pemahaman kita terhadap topik ini bukanlah berasas pada fikir logik sendiri tetapi rujukan dan panduan wahyu.

Baca juga:


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: