Penolakan itu Biasa & Relevan

25 10 2007

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh🙂

Di dalam kehidupan seharian manusia, tidak semua perkara yang asing di pandangan dan fikiran dapat diterima sebaiknya pada awal pengenalan. Budaya kebaikan tidak mudah dilaksana sebab ia perlu diusaha keras dan teratur sesuai dengan kemampuan dan masa tertentu.

Dalam keghairahan menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat umum, seringkali kita ditolak mentah-mentah walau belum sempat berkata sepatah pun. Kadangnya mereka akan berkata:

cukuplah bagi kami apa yang telah kami terima dari nenek moyang kami… (Surah Al Maidah: ayat 104)

Itu pengalaman yang dapat dirasai daripada sekian banyak episod yang dilalui oleh pengemban dakwah Tauhidullah. Semua itu sudah menjadi sunnah dan kebiasaan rutin bilamana menuntut pengorbanan dan ketaatan seseorang.

Sesungguhnya akan ada penolakan yang begitu ekstrem dari kalangan umum terhadap apa yang cuba didengarkan kepada mereka. Jika dilihat kembali seerah Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, ketika mana menuntut ramai manusia menerima kebenaran Islam, baginda bukanlah selalu menerima senyuman manis dan hadiah, bahkan baginda telah banyak kali dihina, didustakan kata-katanya, dicaci, diugut bunuh, dipukul batu dan sebagainya.

Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (mohon pada Allah), sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati; bahkan mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan beritakanlah dengan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah Al Baqarah: ayat 153-155).

Ya pasti pelbagai cabaran terpaksa ditempuh, namun kita perlu ingat bahawa penolakan itu fitrah dalam dunia ini. Sebabnya graf kehidupan manusia itu secara keseluruhannya tidaklah sama kesemuanya, ada yang mahu menerima sesuatu dengan mudah dan berkesan malah tidak kurang juga yang menolak lantas berpaling. Terlebih lagi dalam perkara yang mencabar kredibiliti ilmu dan maruahnya.

Inverse response is everywhere.

Maka terimalah hakikat ini dengan senang hati bahawa ada yang menerima dan ada juga yang menolak dan memalingkan wajahnya.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: