Ruhama’ Dalam Berdakwah

24 10 2007

oleh -Khazinatul Asrar-

Maksud kalimah ‘ruhama’‘ ialah: Kasih sayang berserta perasaan tanggung jawab. Menurut Imam at-Tabrani: Kelembutan jiwa terhadap yang lain, bermurah hati kepada saudaranya seagama dan sentiasa sejahtera kepada mereka.

Agama Islam yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa-sallam adalah agama yang paling sempurna, nikmat kepada yang beriman, rahmat kepada seluruh alam dan penyelamat bagi setiap hamba yang berakidah tauhid dari kesesatan sehingga terlepas dari kepedihan azab neraka. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiya’ 21: ayat 107)

Setiap hamba yang beriman adalah insan yang telah mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah:

Pada hari itu seseorang karib tidak dapat memberi manfaat (pertolongan) kepada karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat pertolongan. Kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah. (Ad-Dukhan 44: ayat 41-42)Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)Nya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke alam rahmat yang besar dariNya (syurga) dan limpahan kurniaNya. Dan menunjukki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepadaNya. (An-Nisa’ 4: ayat175)

Mukmin yang memahami pengertian “rahmah” melalui pemaham Salaf as-Soleh (golongan umat Islam terawal/yang paling awal menerima Islam), ia akan mengenali prinsip “ruhama” yang terambil dari kalimah “rahmah”. Sekiranya seseorang individu memahami dua kalimah ini (“rahmah” [Maksud “rahmah” ialah petunjuk (hidayah) atau kasih sayang] dan “ruham”) dengan sempurna sehingga terpacak di hatinya, pasti ia akan merasa bertanggungjawab untuk menjadi pendakwah agar dapat menyelamatkan manusia dari penyelewengan akidah, kesesatan bid’ah, kepercayaan khurafat, tahaiyyul dan talbis (perangkap) syaitan. Oleh itu, mereka akan merasakan peri wajibnya melengkapkan diri dengan ilmu kerana dengan keteguhan ilmu ia mampu berdakwah dengan baik.

Jiwa pendakwah yang disemai rasa rahmah dan ruhama, ia akan berdakwah dengan tenang ketika menghadapi kerenah setiap insan, sama ada yang awam (jahil), sederhana, cendekiawan (intelektual) , kufur, nifak, musyrik dan sebagainya. Apabila hati dipenuhi rahmah dan rasa ruhama yang dipandu oleh ilmu syari’i, ia menjadikan seorang dai’e itu berdaya menghadapi manusia yang berbaga-bagai kemampuan akal serta pemikiran mereka. Kerana mereka akan berpegang dengan wasiat Ali bin Abi Talib radhiallahu `anhu:

Berucaplah kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal fikiran mereka. (Riwayat Muslim)

Kami sentiasa diperintah agar bercakap (berkata) kepada manusia menurut kadar kemampuan akal (kecerdasan akal) mereka. (Riwayat Muslim)

Wallahu’alam…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: