Perubahan Sikap Paling Penting

18 10 2007

Bismillahir Rahmanir Raheem

15 Ogos 2007, Rabu

DI SANA-SINI orang bercakap mengenai kemalangan ngeri yang mengorbankan 20 orang termasuk tiga pasangan suami isteri, manakala lapan cedera parah dan seorang lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang semalam.

Lebih buruk lagi, bas yang digunakan oleh syarikat berkenaan sejak 1987, gagal empat kali dalam pemeriksaan Puspakom baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

Saya bersetuju dengan ‘Basri Akil’ dari Tanjung Bendahara, Alor Star semalam yang mengupas dengan baik berkenaan etika pemandu, pemanduan kurang cermat dan penguat kuasaan yang kurang efisien kerana pemandu dan bas yang bermasalah masih dapat beroperasi tanpa sebarang masalah.

Harus diingat kejadian nahas kelmarin bukanlah yang pertama kerana baru-baru ini dilaporkan kematian dua siswi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan masih kuat dalam ingatan nahas membabitkan bas ekspres Mutiara dan sebuah bas sekolah di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Pahang yang mengorbankan 15 penumpang pada 30 November 2003 lalu.

Pemandu bas ekspres itu juga dikatakan memiliki lima kesalahan lalu lintas termasuk memandu melebihi had laju. Ujian air kencing pemandu bas sekolah itu pula disahkan mengandungi dadah.

Cukup sayu hati bila membacakan setiap kisah penumpang yang masing-masing mempunyai matlamat masing-masing tetapi terkorban menjadi mangsa kemalangan yang sepatutnya boleh dielak dalam nahas penuh tragis semalam.

Hati mana tidak sedih dan pilu apabila membaca kisah mayat seorang wanita masih memeluk erat anaknya di kerusi dengan kepala si ibu tersepit antara tingkap bas dan batu.

Memang benar rezeki, ajal, dan maut di tangan Tuhan tapi kita masih mempunyai ruang dan peluang untuk berusaha ke arah yang lebih baik kerana segala-galanya berlaku berdasarkan usaha yang dilakukan.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak, kepada pengusaha bas, pemandu bas, penumpang, masyarakat dan kerajaan agar lebih peka dengan perkara sebegini agar tidak berulang lagi.

Kini bukan undang-undang yang perlu ditekankan tetapi sikap setiap individu yang jelas harus diberikan fokus kerana selagi mana sikap tidak dibetulkan selagi itulah undang-undang akan terus diperlekehkan.

Kepada pihak keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Semoga kematian mereka menjadi titik-tolak kepada pembaharuan era baru di negara kita.

IBNU SULTAN,
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma).


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: