Pendatang Haram Ancam Keamanan

18 10 2007

Surat Pembaca

Bismillahir Rahmanir Raheem

1 Ogos 2007, Rabu

BEBERAPA hari lalu, kita mendapat maklumat yang amat memeranjatkan apabila Jabatan Imigresen mengenal pasti lebih 300,000 warga asing tinggal di negara kita secara menipu dengan menyalahgunakan permit mereka.

Ini belum diambil kira hampir sejuta pendatang asing tanpa izin yang memasuki negara ini secara sah tetapi tidak pulang ke negara asal selepas permit bekerja atau belajar tamat tempoh.

Maksudnya, mereka mengambil mudah dan langsung tidak menghormati sistem perundangan negara kita.

Tiada pihak boleh menafikan bahawa kehadiran warga asing yang tidak mengikut prosedur rasmi kerajaan memberikan impak besar, bukan saja kepada kerajaan tetapi peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial di negara ini.

Setiap hari kita baca dalam akhbar mengenai pembabitan warga asing yang menyumbang kepada peningkatan kes bunuh, rogol, rompak, pecah rumah dan mencuri. Malah, ia dapat dikaitkan dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bahawa hampir separuh atau kira-kira 24,000 daripada 49,000 penghuni penjara di seluruh negara kini adalah warga asing.

Ia menunjukkan keadaan semakin genting dan memerlukan tindakan tegas yang mampu memberikan pengajaran kepada semua pihak terbabit, sama ada secara rasmi atau secara tidak langsung.

Mengikut Ketua Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, warga asing yang terbabit kegiatan jenayah semakin bertambah setiap tahun dan ia menjadi masalah kedua negara selepas penyalahgunaan dadah.

Mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk memalsukan dokumen peribadi untuk terus berada di negara ini.

Setiap individu perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi agar kekuatan ekonomi dan politik berada dalam kawalan kerana kita tidak mahu perpaduan yang sudah sedia terjalin ini diporak-perandakan dengan kehadiran serta tindakan beberapa pihak tidak bertanggungjawab.

Kerajaan perlu terus berusaha mencari penyelesaian pada peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengawal kemasukan pendatang secara haram dan yang tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan, dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial yang turut mempengaruhi anak muda kita.

IBNU SULTAN,
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)


Tindakan

Information

2 responses

18 10 2007
jamizalzainol

Kerajaan telah mengadakan MoU dengan negara-negara sumber bagi memastikan pengambilan pekerja asing lebih terurus. Mungkin Kerajaan perlu didesak untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perlaksanaan MoU tersebut kerana jika dilaksanakan tidak mungkin masalah ini akan timbul!

Terima kasih kepada saudara Jamizal Zainol untuk kejelasan dan cadangan itu. Perlu ada ketelusan maklumat dan upaya kerja nampaknya di dalam MoU tersebut.

12 06 2009
halim

bro..tolong lihat pendatang haram yang ade d lowyat plaza.itu banglades tingkat 3 plaza lowyat,semue tukang tipu kompuer..i beli komputer,baru se hari,ade problem.kan LCD.nak tukar die orang kate nak kembali wang,blh tapi ade cas 30%.nak tukar x blh..gile ape..kite urang takut la,nk lawan sebab urang die ramai.nk pukul kite,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: