Menulis Dengan Iman, Beramal dengan Taqwa

16 10 2007

Assalamualaikum sekalian pembaca terhormat. -)

Dunia ini agak luas rupanya, saban hari ada sahaja yang akan mencari-cari andai terjumpa maklumat di laman maya teknologi canggih serba moden. Ada yang cuba mencari info berkaitan tugasan harian pembelajaran pemberian pensyarah, ada pula yang suka membaca untuk percambahan idea penguat minda agar terus dioptimumkan penggunaan otak dan ada juga yang membaca untuk diambil pengajaran serta dibuat perkongsian untuk rakan yang tidak sempat membaca di ruangan maya.

Keluasan itu sering juga terdapat cacat dan celanya di samping manfaat yang terlalu besar buat insan yang menggelar mereka hamba Allah. Perkataan ‘hamba’ itu sebenarnya punya hak istimewa dan ianya gelaran paling mulia buat manusia yang mengabdi diri pada Allah. Hatta Nabi Muhammad SAW itu digelar juga hamba Allah yang setia.

Penggunaan blog sedia sahaja diguna sebenarnya untuk kebaikan semua, contohnya:

  1. Buat perkongsian ramai agar beroleh manfaat bersama.

  2. Tatapan umum bagi sebaran maklumat terkini dan terpantas.

  3. Rujukan kajian terbaru.

  4. Hubungan silaturrahim antara hati-hati blogger yang mulia.

  5. Singkapan hijab untuk peroleh hikmah buat yang peka.

  6. Jawaban bagi sesetengah persoalan yang masih keliru dan samar.

  7. Mengisi jiwa-jiwa yang kosong dari kesepian diri sendiri.

  8. Menjana Pemikiran digarap sama usaha zahir batin.

  9. Misi Ummah diperjuanghebat hingga jaya tercipta.

  10. Syariat Allah tertegak melata redhaNya kita terima.

 

Wahai Allah yang Maha Pemberi! Kurniakanlah kebaikan buat kami seluruhnya. Pimpinlah kami dalam kerja-kerja menulis kami. Manfaat besar buat kami dan buat si pembaca hasil izin dariMu jua. Perkenankanlah!

Adapun begitu, tuntutan di atas bukanlah kerja yang mudah dilakukan sewenangnya, ia perlu disertai:

  • Aqidah yang Sejahtera Bersih
  • ‘Ibadah yang Sahih lagi Benar
  • Akhlaq yang Kukuh Mulia
  • Kekuatan Jasmani Badan
  • Fikiran yang Intelek Murni
  • Mampu Melawan Nafsu
  • Menjaga Waktu Masanya
  • Teratur dalam Urusannya
  • Upaya Usaha Sendiri
  • Memberi Manfaat Pada Umum (rujuk sini)

 

Ya Allah sempurnakanlah tuntutan di atas untuk kami. Ia mudah ditulis kata, sukar dibuat cara. Terimalah usaha kerdil kami.

Maka memblog bukan sekadar menulis, ia sebenarnya dituruti dengan Bahasa Akal dan Bahasa Hati, ada adabnya dan tatacaranya tersendiri. Ia bukanlah begitu rumit. Hanya disiplin mudah untuk terus memblog demi redha Allah. Sebabnya melalui blog ini dapat menuruti dan mendekati kehendak fitrah manusia dalam penyampaian mesej Ilahi. Ia menggunakan kaedah semantik bahasa yang mudah difahami buat membezakan antara Bahasa Intan, Bahasa Kaca.

Ruangan blog ini juga sebenarnya adalah ruangan bagi kita untuk berjalan-jalan mencari keredhaan Tuhan. Bukan buta suka dengan populariti komen dan pelawat yang berkunjung serta punya ramai kawan blogging.

Andai bisa kita selalu menulis, Menulis lah dengan Iman kemudian Beramal lah dengan Taqwa. Biar indah tulisan dipapar, biar lunak ucapan didengar. Akhirnya InsyaAllah mesej besar dapat disebar dan dimekar.

Baca juga -) :


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: