Tafsir Surah Al ‘Asr (Demi Masa) – 103

21 02 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-’asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Berkenaan tafsir surah ini pula, ianya diturunkan di Mekah dan mengandungi 3 ayat serta merupakan surah terpendek dan paling ringkas dalam Al Quran.

Terdapat kisah semasa penurunan surah ini, iaitu kisah antara ‘Amr bin Al ‘As dan Musailamah Al Kazzab. Musailamah Al Kazzab bertanya pada ‘Amr:

Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad) pada masa ini?

‘Amr menjawab:

Surah yang pendek dan padat.

“Apa dia?” tanya Musailamah.

‘Amr membaca:

surah-al-asr-103.jpg

Setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata.

Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku.

“Apa dia?” tanya ‘Amr.

Hai Wabr (kecil, mamalia berbulu mammal), Hai Wabr! Kamu hanyalah dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali…

Apa pendapatmu ‘Amr? Musailamah bertanya.

Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa kau ini hanya menipu dusta.

Menurut Abu Bakr Al-Khara’iti dalam bukunya Masawi’ ul-Akhlaq, Wabr itu adalah menyerupai kucing, dan benda paling besar pada Wabr adalah kedua telinganya, torsonya. Musailamah cuba meyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai segala kata-katanya. Semua itu adalah antara sebab dia digelar Al Kazzab iaitu seorang pendusta dan penipu.

Imam At Tabrani merakamkan bahawa – apabila dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah Al ‘Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

Baca juga:


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: